AL-FATIHAH..!!! LAGENDA MUZIK TERKENAL MENINGGAL DUNIA



KUALA LUMPUR: Legenda muzik Indonesia, Deddy Dores, 65, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bintaro, Jakarta Selatan pada malam Selasa sekitar jam 11.45 malam waktu tempatan, lapor portal CNN Indonesia.

Penyanyi tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung.

Khabar duka cita itu paling awal diketahui melalui akaun Twitter JK Records, @jkrecords yang tertulis "Rest in peace Deddy Dores.. #ripdeddydores #deddydores".



Sewaktu hayatnya, beliau pernah merakamkan lagu-lagu hit dengan artis popular Republik tersebut termasuk Nike Ardilla dan Mayangsari.

Dilahirkan pada 28 November, 1950 di Surabaya, Deddy cukup sinonim dengan lagu-lagu hit berentak slow rock termasuk dengan artis popular seperti 'Jangan Pisahkan' dan 'Cinta Di Antara Kita'.

Menurut akaun Facebook kumpulan God Bless, jenazah penyanyi kelahiran Surabaya pada 28 November 1950 itu akan dikebumikan di tanah perkuburan di Sumedang, Jawa Barat.
loading...