Rezeki Saya & Awak Allah Yang Bagi – Inilah Jawapan Balas Jururawat Setelah Disapa Rakan Berpangkat...


nurse

Sudah tentu ramai di antara kita yang mengimpikan pekerjaan yang professional dan gaji yang lumayan setanding dengan kelayakan yang diperolehi. Namun, melihat kepada keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini menyukarkan lagi graduan mendapatkan pekerjaan seperti yang diidamkan.

Apa yang menyedihkan, menurut wanita ini masih ada di antara sesetengah individu kini yang menilai kejayaan seseorang itu berdasarkan pangkat yang disandang sehingga sanggup merendah-rendahkan pekerjaan orang lain. Geram pulak bila baca!

Nurse department mana? Hospital mana?

nurse 1

Tengok post kat fb macam doktor je

nurse 2

You staffnurse gred apa?

nurse 3

You kan ex mrsm, tak malu ke jadi nurse?

nurse 4

Dah jumpa ramai orang gred lagi tinggi tapi tak bongkak

Dah jumpa ramai orang-orang gred tinggi yg tak pernah bongkak dengan pangkat dia..
Malah lagi tinggi pangkat pun saling menghormati antara satu sama lain…
Ada lagi encik-encik PTD malahan pegawai-pegawai dalam badan berkanun pun tak macam ni..
Doktor-doktor pakar/senior MO pon tak macam ni..
Tapi encik/cik DG48 ni lain la pulakkkk…
Rasanya tak salah kalau nak post anything pasal ubat/penyakit/anatomi manusia kat own fb kottttt…
Wahai si DG48,
Kamu tahu tak…….
Nurse ni ada belajar macam-macam pasal anatomi
Belajar lagi pasal dos ubat/indikasi/kontraindikasi/route yg betul
Belajar pasal penyakit terutama symptom/rawatan malahan management..

Aku tak pernah malu jadi nurse

Sorry to say..
Ada doktor yang baru pun mintak guide dari nurse-nurse yang senior kat dalam wad..
Apa hina ke jadi nurse sampai ada makhluk bakal DG52 ni dok cakap macam2?
Aku tak pernah malu jadi nurse weyh..
Malah aku rasa malu dengan makhluk macam kamu ni yang suka-suka tanya soalan bijak itu..
Dan sek2 kamu DG48 ni la kebiasaannya demand dis and dat during admission!
#UnsungHeroHeroin
#ProudToBeANurse
#KoHado?!
sumber: Bel Nawhen
loading...