Banyak negara majoriti Islam yang terima ICERD – Kit Siang


Adakah Hadi mengatakan bahawa hanya 1% daripada 1.9 bilion Muslim boleh dianggap sebagai Muslim sejati, kerana semua negara Muslim kecuali Malaysia dan Brunei, sudah meraktifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengisytiharkan bahawa semua Muslim harus menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Adakah beliau mengatakan bahawa hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati kerana semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah kecuali Malaysia dan Brunei telah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)?
Negara-negara yang telah meratifikasi Icerd, termasuk 36 negara berikut:
                                                      
Negara
Populasi
Populasi Muslim
Jumlah % populasi Muslim
Yemen
28 juta
28 juta
100%
Mauritania
4 juta
4 juta
100%
Maldives
378,000
378,000
100%
Tunisia
11.4 juta
11.1 juta
99.8%
Afghanistan
34 juta
34 juta
99.7%
Iran
81.7 juta
81.5 juta
99.4%
Turkey
81 juta
80 juta                               
99.0%
Iraq
39 juta
38.9 juta
99.0%
Morocco
34.7 juta
34 juta
99.0%
Algeria
41 juta
40 juta
99.0%
Niger
21.4 juta
19.5 juta                               
98.3%
Saudi Arabia
34 juta
32 juta                               
97.1%
Sudan
40 juta
39 juta
97.0%
Azerbaijan
9.9 juta
9.6 juta
96.9%
Tajikistan
8.9 juta
7.6 juta
96.7%
Uzbekistan
32.6 juta
26.5 juta                               
96.5%
Pakistan
201 juta
198 juta                               
96.4%
Libya
6.5 juta
6.3 juta                               
96.0%
Senegal
16 juta
15 juta                               
95.9%
Mali
19 juta
15.6 juta
95.0%
Turkmenistan
5.8 juta
4.8 juta                               
93.3%
Jordan
10.2 juta
9.9 juta
93.8%
Bangladesh
165 juta
148 juta
90.4%
Kazakhstan
18.2 juta
13 juta
90.2%
Egypt
97 juta
87 juta
90.0%
Kyrgyzstan
6.3 juta
4.9 juta                               
88.8%
Indonesia
265 juta
227 juta                               
87.2%
Oman
4.6 juta
2.4 juta
85.9%
Qatar
2.5 juta
1.6 juta
77.5%
UAB
9.5 juta
4.6 juta
76.0%
Kuwait
4.2 juta
2.6 juta
74.1%
Bahrain
1.5 juta
866,000                               
70.2%
Lebanon
6.1 juta
3.3 juta
54.0%
Nigeria
193 juta
95 juta                               
50.0%
India
1,300 juta
189 juta
14.2%
Malaysia dan Brunei adalah antara 14 negara yang masih belum meratifikasi Icerd. Malaysia mempunyai kira-kira 19 juta Muslim sementara Brunei 350,000 orang.
Malah China, yang mempunyai kira-kira 50 juta Muslim, sudah menyetujui Icerd pada 1981.
Adakah Hadi mengatakan bahawa 99% Muslim di dunia yang datangnya dari negara yang telah meratifikasi atau menyetujui Icerd bukan Muslim sejati?
Bersama-sama kita nantikan penjelasan daripada Hadi.
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada Rabu, 21 November 2018: