Innalilah.. Sayu.. Inilah Saat Dan Wajah Terakhir Pelakon Tanah air Aidil Azizz Sebelum Dijatuhkan Hukuman Gantung Kerana Kes Mengedar Dadah.. Tak Sanggup Nak Tengok Gambar No 3 Tu.. Sedihnya..


Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dua minggu lalu.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, dan dua rakan iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 te­ngah hari, 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Video




Image result for Aidil AzizImage result for Aidil AzizImage result for Aidil Aziz menangis

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »