“Tolonglah, pergi ke tempat yang lebih privasi atau hotel untuk lakukannya (seks),”



PADA hari ini, segelintir individu tidak lagi mempunyai rasa malu dan takut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral di tempat awam.

Buktinya, beberapa keping gambar dikongsi portal berita Stomp memaparkan perbuatan jijik seorang lelaki dan wanita melakukan aksi lucah di atas bumbung parkir bertingkat di kawasan perumahan MacPherson, Singapura, baru-baru ini.

Menurut portal tersebut, gambar berkenaan dirakam dan dihantar oleh seorang pembaca Stomp yang mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Aksi tidak senonoh pasangan itu dikatakan berlaku selama satu jam, sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsi, pasangan tersebut yang berusia dalam lingkungan pertengahan umur dilihat melempiaskan nafsu mereka di atas kerusi.

Gambar tersebut menunjukkan wanita terbabit melondehkan seluar dan duduk di atas paha pasangannya, sebelum beberapa posisi lain di lakukan oleh pasangan terbabit.

Menurut Stomp lagi, rakaman video aksi lucah pasangan terbabit turut dirakam, namun pihaknya tidak menyiarkan atas sebab kelucahan melampau.

Rata-rata pengguna internet mengecam perbuatan tidak bermoral pasangan terbabit.

“Tolonglah, pergi ke tempat yang lebih privasi atau hotel untuk lakukannya (seks),” selar seorang pengguna laman sosial.

Manakala seorang lagi berkata: “ ‘Pakcik dan makcik’ ini betul-betul terdesak (tidak boleh tahan nafsu) ke?”


Read more: http://mediabrutal.blogspot.com/2016/09/tolonglah-pergi-ke-tempat-yang-lebih.html#ixzz4JXj8O1OP
loading...