Acapan Peluk Islam, Pilih Nama Muhammad Ramadhan


Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini industri hiburan dikejutkan dengan sebuah berita baik apabila pelawak vateran, Acapan kini sudah memeluk agama Islam pada pagi tadi. Berita itu telah disampaikan oleh pelakon vateran, Mustapha Kamal melalui Facebook beliau dengan beberapa gambar Acapan serta nama barunya, Muhammad Ramadhan.

UPDATE-1: Memetik laporan m Star Online berikutan kenyataan terbaru mengenai berita Acapan memeluk Islam, pelakon tersebut menafikan dakwaan mengatakan beliau telah memeluk agama Islam seperti yang tersebar di dalam sosial. Jelasnya lagi, gambar-gambar tersebut hanya sekadar menghadiri jemputan berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

Manakala menerusi Facebook salah seorang jemaah dakwah yang dikenali sebagai Maulana Helmi, beliau turut memuat naik posting yang sama mengenai Acapan yang sudah memeluk agama Islam. Dalam posting yang sama beliau turut menceritakan bagaimana Acapan yang datang tanpa sengaja akhirnya terbuka hati untuk menjadi saudara Islam.

“Alhamdulillah dengan izin Allah swt pagi tadi Abg Achapan telah memeluk Islam di Surau Palembang Jenderam Hilir. Nama Islamnya adalah Muhammad Ramadhan bersempena bulan dia menerima hidayah dari Allah swt, dia yang awalnya datang untuk melihat jemaah kami berbuka puasa akhirnya dibukakan pintu hidayah untuk memeluk Islam”

Menerusi posting itu juga, orang ramai mula membanjiri ruangan komen dengan mengangkat rasa syukur terhadap hidayah yang diberikan Allah didalam bulan yang penuh kemuliaan kepada saudara baru, Acapan yang kini bergelar seorang Muslim. Rata-rata ramai yang gembira dengan berita itu sekaligus mengagumi kebesaran yang maha Esa.

Walau apapun, semoga dengan keputusan beliau memeluk agama Islam dapat memberikan seribu satu kebaikan kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Semoga Acapan terus istiqamah melalui perjalanan sebagai saudara baru Islam didalam bulan yang penuh keberkatan ini. (rkty/w)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »