Menurut ruangan Miss J di akhbar Utusan Mingguan, Atikah dan kekasih juruterbangnya itu sudah pun memutuskan hubungan percintaan mereka, selepas lelaki itu kecewa dengan kontroversi foto bogel Atikah bersama Idris Khan yang cukup mendapat perhatian ramai.
Lebih malang lagi, lelaki itu sudah mempunyai rencana untuk melamar Atikah menjadi isterinya tetapi selepas foto bogel itu tersebar, lelaki berkenaan terus membatalkan niatnya itu.
Difahamkan, Atikah sebelum ini memang susah untuk berpegangan tangan dengan kekasihnya apatah lagi membuatkan perkara yang lebih lagi.
Ermm, sejujurnya teman lelaki mana yang tidak terperanjat jika kekasih yang disangka cukup baik tiba-tiba dikatikan dengan kontroversi yang tidak senonoh. Bukan mudah hendak terima hakikat apatah lagi foto-foto yang tersebar akan kekal berada di Internet seumur hidup. Memang malu ..
Sumber: Utusan Malaysia