Ini kisah saya menagih simpati. Semoga sahabat handai sudi baca
Tanggal 24hb April 2016, saya dan kawan commolot sampai mati Zuhairah Mokhtar pergilah breakfast di Zawara Coffee @ Ayer 8, Putrajaya.
Petang kemudiannya saya telah diserang cerry-berry yang amat mengagumkan. Bila saya siasat balik apa yang saya makan dari tengah hari semalamnya hinggalah tengah hari itu, saya berkesimpulan semburan tahi yang keji itu berpunca daripada Teddy Bear Milkshake oleh Zawara Coffee. Keputusan ini dicapai kerana semua makanan yang saya makan pun dikongsi dengan orang lain kecuali milkshake tersebut dan saya seorang je lah yang terlebih bertuah terkena sumpahan tandas itu.
Lalu saya pun meninggalkan review di Instagram Zawara Coffee (sila lihat gambar) dengan harapan mereka akan memperbaiki kualiti makanan pada masa hadapan. Tak hingin pun diorang bayar balik ke bagi baucar ke sebab memang hati dah tawar nak kesana lagi. Makanan yang saya beli di Zawara Coffee pada pagi itu memang kurang sedap dan overpriced tapi bab itu tak kisahlah, selera orang lain-lain.
Entah kenapa hati tergerak nak screencap semua komen yang saya tulis di Instagram Zawara. A few hours later when I checked again, lo and behold, they have deleted my comments. 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
And they have blocked me on their Instagram. Syabas beta! They didn't respond at all. No replies, no DMs. Selambe katak je delete feedback customer. Patutlah semua komen-komen kat page dia lawa-lawa bak rainbows and unicorns.
Finally (penat uols baca baru sampai khens), here are my points:
1. Peniaga jenis apa yang tak boleh terima feedback?
2. Kalau awak delete semua komen negatif, itu dah menipu customer lain. Because awak menggambarkan seolah-olah awak perfect, which is far from reality.
3. You portray your brand macam Islamic sangat. Islamic ke kalau dah tak jujur camni?
4. Entah berapa banyak komen lagi yang Zawara Coffee dah delete.
5. Saya marah dan kecewa bukan sebab makanan Zawara Coffee tak sedap, mahal dan menyebabkan cirit-birit. Saya marah dan kecewa sebab Zawara Coffee biadap, ego, dan memandang rendah pelanggan.
So, this is my last resort. Saya tahu saya ni pun bukanlah orang popular yang boleh buat benda ni sampai viral. Kawan FB pun 300 jah padahal orang lain beribu kau 😅😂😭
Tapi kalau kawan-kawan sudi, tolonglah kongsi cerita ni atau tag Zawara Coffee. I want them to know that customers must be treated right. Kalau dah tersilap, acknowledge dan improve. Bukan buat bodoh je. Kita cuma nak orang berniaga ini biar ikhlas tulus dari atas sampai ke bawah. Bukan takat dok buat best kat social media je.
Sekian coretan saya.
p/s: No worries. Dubur saya telah kembali sihat selepas 2 hari. Tetapi hati masih terluka mengalir darah bernanah kerana diperkotak-katikkan sebegini rupa 😢😢😢 - Dayah Mazlan