"Tengok FOTO KEKASIH SAYA CANTIK NI, SAYA BUKAN GAY!!" KHAI Dedahkan WAJAH KEKASIH CANTIK DAN COMEL..Memang Sepadan Mereka Berdua NI


"Kekasih Saya Cantik..MUSTAHIL SAYA SUKA KAUM SEJENIS!! KHAI Dedahkan WAJAH KEKASIH CANTIK DAN COMEL
PETALING JAYA: Penyanyi yang menjadi viral kerana 'duetnya' dengan Siti Nordiana iaitu Khai Bahar tidak terkesan selepas tersebarnya video dia bersama seorang lelaki dengan tidak berbaju yang mengundang pelbagai spekulasi di media sosial baru-baru ini.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, meskipun mendapat pelbagai reaksi dan kritikan berhubung video berkenaan namun dia tidak mengambil serius kata-kata negatif dilemparkan kerana dia menyedari tidak membuat sebarang kesalahan.

"Tidak dinafikan video yang tersebar itu memang video saya dan kawan tetapi ia bukanlah seperti apa yang disangka oleh sesetengah pihak.

"Saya tidak kisah dengan apa yang orang hendak kata kerana paling penting saya tahu situasi sebenar dan ia tidak memberi kesan kepada saya," katanya kepada mStar Online.
Tambah Khai, keluarga termasuk ibu-bapanya turut mengenali rakan lelakinya itu dan mereka mengetahui isu yang sedang melanda kini.

"Keluarga tidak terkejut kerana mereka kenal kawan saya itu dan sebenarnya tiada apa-apa isu pun," ujarnya.

Dalam pada itu, Khai menyangkal dakwaan kononnya dia berkelakuan tidak senonoh dengan temannya itu selain menganggap ia tuduhan dengan niat jahat.
"Kalau betul saya buat perkara seperti dikatakan, itu dosa saya dengan Allah tetapi saya tidak akan mengaku apa yang dituduh itu kerana ia sama sekali tidak benar.

"Jujur saya tidak tahu siapa dalang penyebaran gambar berkenaan dan apa agenda disebaliknya tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia kerana rasa tidak puas hati dengan pencapaian saya sekarang," ujarnya.

Menjelaskan tentang video berkenaan, Khai berkata, ia diambil sekitar tahun lalu ketika berada di rumah kakak angkatnya dan ketika kejadian rakan-rakan lain turut berada di rumah sama.

Sementara itu, Khai berkata, kontroversi berkenaan tidak menganggu proses rakaman single pertamanya malah isu berkenaan membuatkannya lebih bersemangat untuk berjaya dalam bidang seni.

Malah syarikat rakamannya, NAR Records turut memberi sokongan penuh kepadanya dalam mengharungi episod sukar dikala karier nyanyiannya baharu sahaja bermula.

Nama Khai mula menjadi sebutan apabila nyanyiannya secara maya bersama Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial.

Video nyanyian lagu Memori Berkasih tersebut juga mendapat sebanyak lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada minggu lalu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »