Selepas 3 Tahun Berkahwin.. Inilah Keputusan Ella Dan Suami Yang MENGEJUTKAN Ramai !!!

Menjangkau usia tiga tahun perkahwinan, penyanyi rock wanita terulung Malaysia yang pernah merakamkan satu lagu berjudul ‘Bayangan’ dengan gitaris Slash dari band Guns’N’Roses pada tahun 1994, Ella dan suaminya, Azhar Ghazali merancang untuk mengambil anak angkat memandangkan ketika ini pasangan tersebut masih belum lagi dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.


Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya dan suami terfikir juga untuk mengambil anak angkat.

Rasa seronok pula melihat rakan-rakan yang menjaga anak angkat. Terpengaruh pula. Apatah lagi kita membuat kebajikan membantu anak-anak yang tiada keluarga.

Sehingga kini kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan anak dan jujurnya kami tidak tertekan kerana kami percaya Allah tentukan rezeki kami. Kita hanya mampu merancang. Malah setiap hari orang bertanya, ‘bila nak ada anak’, dan kami dah lali dengan soalan seperti itu.

Semoga pasangan sejoli ini berbahagia pada satu hari nanti dan akan dapat menimang cahaya mata untuk menambah rencah sinar dalam kehidupan berkeluarga. Bersabarlah menghadapi dugaan dan juga soalan dari manusia yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain, kerana orang yang bersabar itu separuh dari iman.



Bagaimanapun, rancangan Ella untuk mengambil anak angkat bukanlah di dalam masa terdekat kerana dia sendiri ketika ini terikat dengan jadual kerja dan projek muzik yang padat sehingga ke hujung tahun hadapan. Sementara itu, suami Ella menyatakan keputusan tersebut sebenarnya sudah lama dipendam namun berserah pada takdir Illahi. KREDIT MSTAR ONLINE via TAK BUKA RUGI.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »