Akhirnya Terjawab Berita Yg DiNanti-Nanti.. Keputusan KAFA Ke Atas Syarat Dato' Vida Buat Seluruh Rakyat Malaysia Terdiam & Terkedu Seketika


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima syarat Qu Puteh dalam proses penajaan syarikat produk kecantikan itu terhadap pasukan The Red Warrior (TRW).


Bagaimanapun, perincian wajib hanya akan dijelaskan dalam sidang media selepas ini.

"Kita setuju dengan syarat yang dikemukakan, tetapi perinciannya kita akan jelaskan dalam sidang media ‎pada 15 Januari nanti,” kata Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa.

Annuar turut mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza sebagai penasihat kehormat Kafa.

Hasmiza sebelum ini meletakkan syarat Kelantan harus mewarnakan stadiumnya di Kota Baharu dengan warna merah jambu dan menukar nama rasmi pasukan kepada Pamoga The Red Warrior.

Perkara itu disahkan Annuar selepas perbincangan antara beliau Hasmiza petang tadi di pejabat Yayasan Pelajaran Mara, Kuala Lumpur itu.

Annuar juga berkata ‎beliau kagum dengan minat Hasmiza yang begitu mendalam terhadap pasukan bola sepak Kelantan.

"Saya terkejut kerana beliau ‎menunjukkan minat yang mendalam dengan bernas idea yang menarik untuk TRW,” katanya.

Sementara itu Hasmiza berkata beliau terkejut dengan pelantikannya sebagai penasihat kehormat Kafa.

"Alhamdulillah, walaupun saya terkejut sebab tak pernah terfikir pun untuk dilantik sebagai penasihat kehormat Kafa.

"Sebenarnya dua syarat utama yang saya kemukakan sebelum ini bukan sekadar gimik dan mahu mencari publisiti murahan," katanya.

Jutawan kosmestik itu berkata, beliau optimis untuk membuat anjakan kepada pasukan Kelantan khususnya dan Malaysia amnya perlu menyambut baik usahanya.

Sementara itu, Hasmiza yang hadir ke yayasan itu kira-kira jam 5 petang tadi kelihatan agak terkejut dengan kehadiran ramai petugas media.

"Wah ramainya," katanya.

Dr Vida berbaju hitam dan mengenakan tudung berwarna biru sempat membuat "trade mark‎" Qu Puteh kepada lensa kamera.

Walaupun sudah mengemukakan dua syarat utama sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman menambah 33 lagi syarat penajaan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Pengasas produk Qu Puteh yang lebih dikenali sebagai Dr Vida itu berkata, bagaimanapun pihaknya telah mencapai persefahaman selepas perbincangan berlangsung bersama Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, hari ini.

Hasmiza sebelum ini meletakkan syarat supaya stadium Kelantan di Kota Bharu dicat dengan warna merah jambu dan menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.‎
"Tan Sri telah bersetuju dengan 35 syarat yang saya kemukakan dan perkara itu wow sangat fantastik.
"Saya rasa kami sudah capai persefahaman dalam perkara ini dan kita tunggu pengumuman rasmi 15 Januari nanti," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, beliau telah membincangkan syarat-syarat yang dikemukakan itu dan beliau lebih menekankan kepada hal-hal pengurusan pasukan.
"Antaranya mengenai kontrak, peraturan FAM dan ‎syarat Fifa.
"Bagi Kafa, kita tak ada masalah dan perkara itu satu perkara yang sangat baik untuk kita," katanya yang turut kagum dengan idea Hasmiza.
Ditanya mengenai jumlah tajaan‎, menurut Hasmiza secara asasnya beliau bersetuju dengan dana RM8 juta semusim seperti diuar-uarkan sebelum ini.
"Tetapi saya akan mengeluarkan belanja yang lebih banyak daripada jumlah itu.
"Tetapi untuk Kafa saya setuju dengan jumlah khas dan sedia menyahut cabaran dengan jumlah tajaan RM8 juta itu" katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »