Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Kini Identiti Sebenar Mangsa Tembak Mati Di Setapak Petang Semalam Didedahkan. Ternyata Bukan Calang - Calang Orang Jugak !


Seorang lelaki mati ditembak mati ketika memandu di Danau Kota, Setapak, di sini, petang tadi.Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan keretanya oleh dua individu yang membonceng dua motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang.

Pada masa ini, suasana di lokasi kejadian agak tegang selepas ahli keluarga mangsa cuba merempuh kawalan dan halangan polis untuk melihat mayat mangsa dikenali sebagai Kanna

Sebelumnya pada artikel bernama yang bersumber KDN diterbitkan pada tahun 2014 mendedahkan tiga nama kepala setiap tiga kumpulan 04.08.36 yang masih aktif di kawasan masing masing.

Dalam nama-nama tersebut kanna atau di gelar sebagai (cendol kanna) termasuk salah seorang kepala kumpulan kongsi gelap itu.

Polis tidak menolak kemungkinan kejadian pengurup wang yang mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini, hari ini, ada elemen kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata: “Hasil maklumat polis mendapati latar belakang mangsa ada terbabit dengan kegiatan kongsi gelap.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk minum bersama anak saudaranya di Setapak Sentral dan polis akan melihat secara keseluruhan aktiviti dan perniagaan mengurup wang mangsa.

Sebanyak 18 tembakan dilepaskan dua daripada empat lelaki bermotosikal mengakibatkan mangsa berumur 43 tahun yang memandu kereta Honda Accord, maut serta-merta, kira-kira 3.35 petang.

Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai 18 kelongsong peluru jenis 9mm dipercayai digunakan ketika kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, ada 12 kesan tembakan pada cermin sebelah kiri dan empat pada cermin kanan kereta.

“Mangsa yang terkena 10 tembakan cedera parah di kepala, badan serta paha meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, pengurup wang itu baru dua minggu membeli kereta selepas mendapati ada pihak mengekorinya.

Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lalu, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

“Baru dua minggu dia beli kereta Honda Accord itu. Dia tukar kereta selepas mendapati ada pihak memantau pergerakannya,” katanya.







SELEPAS SEKIAN LAMA, AKHIRNYA ZURAILIE DEDAH PUNCA SEBENAR DIA TERPAKSA ROGOL & BUNUH KERANI SEKOLAH YANG PASTI BUAT ANDA TERKEJUT !

SELEPAS SEKIAN LAMA, AKHIRNYA ZURAILIE DEDAH PUNCA SEBENAR DIA TERPAKSA ROGOL & BUNUH KERANI SEKOLAH YANG PASTI BUAT ANDA TERKEJUT !

#‎TERJAWAB‬ Selepas Sekian Lama, Akhirnya Zurailie DEDAH Punca Sebenar Dia Terpaksa Rogol & Bunuh Kerani Sekolah
Pasti anda ingat peristiwa hitam yang berlaku di negara kita apabila seorang kerani sekolah di bunuh dan dirogol dengan kejam oleh seorang penjawat kerajaan.
FreeSans, sans-serif; font-size: 16px; line-height: 22.4px; position: relative; word-wrap: break-word;">


ANGGOTA polis membawa tertuduh ke Mahkamah Majistret Muar. FOTO Syarafiq Abd Samad 


Muar: Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes - HARIAN METRO 

Admin: menurut beberapa sumber dari rakan media, suspek disyaki seorang penagih dadah dan mempunyai beberapa kes jenayah sebelum ini. 


Tidak mustahil beliau bertindak membunuh mangsa tersebut ketika dibawah pengaruh dadah. Apapun sebab beliau bertindak dengan begitu kejam, admin yakin mesti ada sesuatu sebab disebalik motifpembunuhan ini.

Mungkin dendam? ataupun suspek dah lama berniat merogol mangsa dan hanya menunggu masa yang sesuai?

Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan dari pihak polis dan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil.

Bila duit BR1M 2016 dapat dan masuk akaun

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 5.0 2016 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai 28 Januari 2016. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2016.

Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2016.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 Januari 2016.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.


Tarikh pembayaran bermula
Pendapatan bulanan isi rumah RM1,000 dan ke bawah
(e-Kasih )
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000
Individu Bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
28 Januari 2016
RM250
RM250
RM200
RM400
28 April 2016
RM250
RM250
RM200
---
28 Jun 2016
RM300
RM250
RM200
---
28 September 2016
RM250
RM250
RM200
---
Jumlah
RM1050
RM1000
RM800
RM400

Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.



Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 dengan menghubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  •  Email kepada br1m@treasury.gov.my
Semoga info ini berguna untuk semua. sumber