CERITA SEBENAR LELAKI KUDUNG ROGOL ANAK SAUDARA SENDIRI HINGGA HAMIL


CERITA SEBENAR LELAKI KUDUNG ROGOL ANAK SAUDARA SENDIRI HINGGA HAMIL | KOTA BHARU -seorang lelaki kudung sanggup merogol anak saudaranya sendiri hingga hamil,lelaki kudung tersebut terima padah apabila di tangkap dan dijatuhkan hukuma penjara 17 tahu serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen,disini semalam.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap lelaki berusia 56 tahun terbabit selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2016.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari mohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu.
“Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan bukan merogol mangsa seperti ini. Mohon mahkamah mengambil kira penderitaan mangsa yang menyembunyikan kandungan hingga melahirkan anak itu seorang diri,” katanya.
Mangsa sebelum itu, ke rumah ibu saudara sebelah bapa untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut turut sama berada di dalam rumah dan ketika tidur, tertuduh merogolnya serta memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain. Takut dengan amaran tersebut, dia berdiam diri.
Mangsa bagaimanapun hamil dan menyembunyikan kehamilannya serta menanggung penderitaan bersendirian sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2017.
Segalanya terbongkar apabila abang mangsa mendengar tangisan bayi di belakang rumah di Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli, pada jam 8.45 malam.
Abang dan bapanya yang pergi melihat dan mendapati bayi itu sudah dilahirkan. Mangsa kemudiannya memberitahu dia dirogol tertuduh hingga mengandung.
Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »