: salam jumaat penuh keberkatan. Alhamdulillah, hari demi hari mama semakin kuat dan insyaAllah mama dapat habiskan tempoh berpantang tanpa baby-baby dgn kekuatan yg ada.
Terima kasih kepada semua. Dengan setiap ucapan, doa, kata-kata semangat. Tak mungkin mama mampu reply satu per satu. Moga Allah memberkati kalian semua.
Semalam sebelum discharge, doktor tanya kenapa mama refuse untuk guna ventilator dan khidmat kaunseling?
Ventilator.
Pengalaman membesarkan keisha selama 47 hari di nicu cukup beri mama pengalaman dan pengajaran tentang baby premature. Dalam keadaan 1st twin yg tak mampu buka mata sendiri, lubang telinga tak ada, organ dalaman tak lengkap. Mama tak mahu terus menyeksa dia. Tak sanggup tengok bayi sekecil dia hidup didalam gelungan wayar dan jarum.
Yang mana, doktor sendiri tak berani nak memberi sebarang harapan atau percent utk hidup. Lama mama renung muka 1st twin ... "Adik, mama lepaskan adik. Tenanglah adik.. Maafkan mama sbb refuse ventilator. Bukan mama tak nak usaha. Tapi, mama tak nak dera tubuh kecil adik. Cukuplah Allah dah beri mama peluang lahirkan baby kembar. Beri mama peluang dakap adik. Sekarang, adik kembalilah kepada Pencipta. Ada tempat yang lebih baik utk adik disana...insyaAllah"
Dan........
Ye mama refuse utk guna khidmat kaunseling sbb tak ada apa yg terbuku di hati mama. Semua terjadi atas kehendak Yang Kuasa. Siapa kita nak menyangkal walau sebesar zarah perancangan Dia untuk hambaNya. Siapa kita utk menyangkal ajal maut yang diatur untuk kita.
Mama yakin, inilah yg terbaik. Sepanjang mama sakit nak bersalinkan si kembar. Hanya 1 yang mama pohon pada Allah.....
"Permudahkanlah urusanku.........."
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.
Ya, Allah mempermudahkan urusanku. Ramai yg membantu. Baby pergi dalam keadaan tenang. Jenazah diuruskan dgn sempurna. Dari proses kelahiran sehinggalah pengkebumian, alhamdulillah urusan anak2 mama dan mama dipermudahkan hanya dalam 1 hari. Inilah aturan Dia untuk mama dan si kembar. Ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah.... Dan kerana ini mama refuse utk jumpa kaunseling dr pihak hospital. Mama redha....... Kerana tak semua urusan kita diakhiri dengan kegembiraan.
SUMBER PUAN ANNA ZAINAL