AL~FATIHAH AZZA ELITE. BERITA SEDIH BARU TERIMA SEBENTAR TADI. KITA KEHILANGAN… INNALLLILAH..



Redha dengan ketentuan Illahi, Azza Elite berkongsi berita mengenai kegugurannya buat kali keempat kepada BH Online. Menurut Azza, dia baru sahaja disahkan keguguran setelah hamil selama enam minggu selain menyatakan kerja berat turut menjadi punca keguguran.
“Saya anggap semua ini ujian yang akan terus menguatkan diri. Belum rezeki saya untuk menjadi ibu. Suami juga sangat kuat berdepan apa yang dilalui ini. Insya-Allah kami akan terus mencuba”

“Kebetulan pada 31 Januari lalu saya ada tugas mengacara di Putrajaya. Tidak elok pula rasanya jika hendak ditolak tawaran itu kerana saya sudah mengesahkannya sejak awal. Bagaimanapun saya percaya, ia memang bukan rezeki saya lagi. Malahan, sebelum itu pun ada berlaku pendarahan juga seperti fasa mengandung sebelum ini”

“Memang saya tidak boleh bekerja teruk. Jika diikutkan kata doktor, mahu saja saya berehat saja di rumah. Bagaimanapun, saya ingatkan diri ini masih kuat, jadi saya buat kerja harian macam biasa. Maklumlah, kerjaya sebagai artis memerlukan saya melakukan pelbagai perkara untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Selain itu, Azza juga turut menyatakan rasa hatinya untuk menjejakkan kaki di kota suci Mekah bagi memohon doa agar dapat menimbang zuriat di sana. Tambahnya, dia kini lebih kuat menghadapi dugaan bahawa dia belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata dengan suami tercinta, Azlan Zulaily sejak berkahwin pada 2012.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »