Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

KENAPA KITA PERLU TUTUP CERMIN DI RUMAH BILA ADA KEMATIAN BERIKUT JAWAPAN DARIPADA SEORANG USTAZ

KENAPA KITA PERLU TUTUP CERMIN DI RUMAH BILA ADA KEMATIAN BERIKUT JAWAPAN DARIPADA SEORANG USTAZ



Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

"Kau Dah Rampas Suami Aku Lepas Tu Kau Ajak Suami Aku Projek Depan Mata Aku, Aku Duduk Sebelah Korang Ni Tengok Je Aksi Korang?"


"Kau Dah Rampas Suami Aku Lepas Tu Kau Ajak Suami Aku Projek Depan Mata Aku, Aku Duduk Sebelah Korang Ni Tengok Je Aksi Korang?"

Salam admin krt. Sebelum ni saya berkahwin selama 22 tahun. Skrg umur dah 40 lbh dah saya pun dah ada 3 org cucu.. suami saya berkahwin dengan pompuan indon.. pd awalnya kami bermadu, walaupun hati sakit saya cuba terima, lama kelamaan pompuan tu mula cari pasal dia minta untuk suami ajak dia tingal di rumah saya, rumah tu harta saya bersama suami, saya tak setuju tapi dia merayu2 dan suami pun sama.. hati saya jadi lembut, sy setuju.. bila tinggal bersama mereka tunjuk kemesraan di depan saya.. peluk cium didepan saya.. bila giliran suami masuk dibilik saya, dia ketuk puntu katanya takut sendiri dan meminta untuk tidur dibilik kami. Satu katil yg teramat sempit mereka tdo berpelukkan sedangkan saya tdo di belakang suami..


semakin lama mereka semakin melampau, barang saya buat main sesuka hati dan dia dah pandai bawa kawan masuk ke rumah saya, mereka buat macam rumah mereka sendiri , akhirnya saya halau mereka keluar,, bila suami balik, die mengadu dan akhirnya saya diceraikan dengan talak 3..


Kami dah bercerai nak masuk 8 bulan. Sekarang saya dikampung tempat arwah ibu bapa saya. Dan Alhamdulillah saya juga sudah berkahwin dengan seorang duda yang solat 5 waktu dan memang cukup baik..

Tapi yang jadi masalah,, bekas suami selalu mengganggu saya, dia add fb suami saya dan mengatakan saya adalah bekas2nya,dia dah rasa semua yg ada di badan saya dan macam2 lagi yg dia kata.. dia juga membuat akaun fb palsu dan mengomen di status fb saya kononnya dia adalah scandal saya.. padahal saya tak pernah curang dengan mana2 lelaki. Saya dah block dia tp dia tetap buat akaun baru untuk menggangu saya.. macam mana nak atasi org macam ni admin?

Senarai Anak-anak Menteri Yang Bermasalah?


Baru-baru ini, selain isu menjatuhkan Najib, topik perbincangan yang paling hangat di media sosial tak lain tak bukan adalah anak kepada Perdana Menteri iaitu Norashman Najib.

Menurut laporan, Norashman didakwa memberi arahan kepada pengurusan kelab malam terkenal Zouk yang bertempat di Singapura menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly dan Fila supaya set lagunya dapat dimainkan.

Kejadian dikatakan berlaku Sabtu lalu dan telah disebarkan di media sosial dengan video berkenaan disiarkan di Facebook dan You Tube.
Ia juga dilaporkan dalam portal hiburan Coconuts Singapura dan SAYS.com.
Pihak pengurusan Zouk dan anak Najib menerima kecaman daripada netizen, termasuk ada yang menyelar sejauh mana kewajaran anak PM bersikap sebegitu.
Oleh yang demikian, seorang netizen CARI Infonet mengatakan perkara tersebut membuatkannya teringat sememangnya terdapat beberapa anak menteri di Malaysia yang bermasalah dan boleh dijadikan ikhtibar.

1. Norashman Najib

Identiti : Anak bongsu kepada Datuk Seri Najib dan Rosmah
Latar belakang: Norashman pada umur 19 tahun, pernah mengambil kursus belajar bahasa Cina selama 3 minggu di Universiti Bahasa luar negara di Beijing, China. Bukan sahaja fasih berbahasa Cina, malah mempunyai nama Cina iaitu Ji Pin. Pada tahun 2011, Noraashman pernah bersama ayahnya Najib menerima undangan dalam sesi temubual di Stesen Radio Bahasa Cina,One FM, ketika itu, beliau pernah beritahu dirinya amat minat muzikal elektronik serta sering main piring putar di rumah.
Insiden : Deejay terkenal dari Mesir terpaksa tamatkan persembahan lebih awal, hanya kerana anak Perdana Menteri Norashman Najib ingin membuat persembahan juga.
Proses kejadian : Biarpun pihak pengurusan Zouk Singapura, kejadian itu hanyalah salah faham. Manakala pembantu kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor iaitu Rizal Mansor menafikan dakwaan bahawa Norashman memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan. Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Norashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk. Tetapi DJ terbabit yang bernama Fadi, dalam akaun Facebook nya menyatakan : ” bukan salah faham, bos memang nak VIP adakan persembahan.”.

2. Mohd Nazifuddin

Identiti : Anak yang kedua kepada Najib dan isteri pertama Tunku Zainal
Latar belakang : Setelah dilantik menjadi pengarah bagi Syarikat Industri Harvest Court pada tahun 2011, harga saham berulang kali mencapai kenaikan yang terbaru dalam jangkamasa yang pendek. Difahamkan mana-mana syarikat tersenarai ada hubung kait dengannya, saham syarikat tersebut pasti akan meningkat secara mendadak, oleh itu Nazifuddin pernah suatu ketika diberi gelaran ‘Budak Cilik Pasaran Saham’.
Insiden : Pernah disyaki terlibat dalam kes penipuan mata wang U yang berjumlah lebih 4 billion.
Proses Kejadian : Menurut laporan Stesen TV Thailand (NOW26) pada bulan Mei 2015, menganggarkan Nazifuddin ada hubung kait dengan sindiket penipuan antarabangsa iaitu Ufun Group Bhd Ltd dalam kes penipuan yang membabitkan 120 ribu orang dengan wang berjumlah lebih 4 billion. Akan tetapi, kemudian ketika ditemubual Malaysiakini, dia mengatakan, dakwaan penipuan yang dikaitkan dengan dirinya, ianya mungkin adalah tindakan bermotif politik yang hanya untuk memburukkan namanya dan ‘serang’ keluarganya. Dia beritahu, biarpun dia pernah memegang jawatan eksekutif pengerusi untuk syarikat Sagajuta( Ufun dan anak syarikat Sagajuta adalah rakan kerjasama), tetapi dia telah lama meletakkan jawatannya pada 31 Mei 2012.

3. Nurul Hidayah

Identiti : anak perempuan kepada timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi
Latar belakang : Pernah dikatakan telah mengalami penceraian, sambil seorang diri membela 3 orang anak. Tetapi, susulan itu, Nurul telah menjelaskan dirinya memang ada 3 orang anak, tetapi masih beridentiti sudah berkhawin. Kalau tidak mengetahui kena lah tanya, jangan buat fitnah sesuka hati.
Insiden : Pernah mengutuk peserta Bersih 4.0 adalah ‘bodoh’ dan menyelar golongan pemuda tempatan bersikap ‘malas’.
Proses kejadian : Himpunan BERSIH 4.0 berlangsung pada tahun lepas 29hb Ogos, lebih ratusan ribu orang berjalan di jalanraya Kuala Lumpur untuk menggerakkan pembaharuan sistem yang sedia ada. Namun, Nurul Hidayah menerusi laman internet bukan sahaja menyelar mereka yang mengadakan himpunan sedang melakukan tindakan yang ‘bodoh’ dan sia-sia saja, malah juga menyindir mereka membuat protes di atas jalanraya hanya untuk hiburan bersama.
Februari tahun ini. Nurul Hidayah memberi sokongan padu ke atas sistem pekerja asing yang diperkenalkan oleh ayahnya Ahmad Zahid Hamidi. Tindakannya mengutuk pemuda rakyat Malaysia bersikap memilih pekerjaan dan malas, mengakibatkan dirinya dikecam oleh sebilangan besar netizen sehingga terpaksa menukar nombor akaun Instagram sebanyak 3 kali dalam masa satu hari, semata-mata untuk elak netizen.

4. Mohamad Nedim

Identiti : Anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Latar belakang: Pernah dilantik oleh ayahnya sebagai “pembantu khas” Kementerian Pelancongan, tetapi kemudian telah diubah menjadi ” pembantu khas kawasan pilihanraya” yang tidak menerima gaji daripada kerajaan.
Insiden : Pernah terlibat dalam kes memukul orang dan memiliki rumah dan kereta mewah.
Proses kejadian : Pernah terlibat dalam insiden memukul orang pada bulan Mac tahun 2012, difahamkan ketika itu dia sedang memandu sebuah kereta mewah jenama Porsche masuk ke dalam kondominium, diikuti belakang oleh sebuah kereta mewah MPV yang dipandu oleh pengawal peribadinya. Berikutan pihak penjaga keselamatan kondomidium bertegas untuk mengasingkan pendaftaran data peribadi pemandu bagi kedua-dua kereta tersebut, maka berlaku lah perterlingkahan. Pada masa itu, Nedim mencengkam leher menumbuk kepala pengawal sekuriti berkenaan akibat tidak dapat mengawal kemarahannya.
Pada 2013 pula, dia juga dibongkar membeli rumah mewah bernilai 7 million, tetapi teman wanita Nedim Nora Danish jelaskan, rumah mewah tersebut dibeli oleh Nedim dengan gabungan nama bersama orang lain untuk dihadiahkan kepada ibunya. Pada ketika itu, respond Dato Seri Nazri adalah perkara tersebut bukan sahaja tiada kaitan dengan dirinya malah beliau turut mengatakan biarpun apa yang dibeli oleh anaknya adalah “istana”, juga bukan masalahnya.

5. Dafi Ismail

Identiti : Anak kepada Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Latar belakang : Setelah menyertai Akademi Fantasia yang kelima, terus menjadi seorang penyanyi
Insiden : Mengeluarkan duit poket sendiri untuk mengadakan konsert
Proses kejadian : Disember tahun lalu, Dafi menubuhkan syarikat dengan mengadakan konsert yang terdiri daripada 5 orang penyanyi lelaki. Ada khabar angin yang tersebar menyatakan konsert tersebut diadakan dengan perbelanjaan keseluruhan bernilai 2.5 million tanpa tajaan. Namun demikian, Persoalannya, dari mana jumlah wang sebanyak itu diperolehi? – CARI Infonet

Senarai Pendapatan Perdana Menteri Tertinggi Di Dunia #Najib Tempat Ke Berapa?



Disebalik sebalik pemerintahan negara masing-masing, Perdana Menteri diberi kuasa dan juga peranan penting untuk membangunkan negara untuk lebih maju kehadapan dan juga dpt memenangi hati rakyat di negara tercinta. Disini Malaysiaviralstory kongsikan ganjaran atau gaji sebenar Perdana Menteri yang menerima gaji lumayan yang dibayar oleh negara.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).

Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.

Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459).

Menghalang Polis Mengiring Peminpin Boleh Dikenakkan Tindakkan Keras


Ingkar arahan polis pengiring boleh dikenakan tindakan - Khalid
KHALID: Pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama (VVIP) termasuk enggan memberi laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.

"Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas viral mengenai polis pengiring tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta beberapa portal berita yang memainkan isu polis pengiring supaya berhenti berbuat demikian dan menyifatkannya sebagai tindakan mengajak rakyat supaya mengingkari undang-undang.

"Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat suoaya ingkar undang-undang," katanya.

Mengulas mengenai catatan Twitter beliau pada Jumaat berkenaan rampasan empat pucuk pistol di Kajang oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang bapa dan anak di Semenyih pada bulan lepas.

Menurutnya polis giat menjalankan siasatan dan yakin lebih ramai suspek akan ditahan.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia manakala bapanya cedera parah akibat ditembak di Jalan Besar, Semenyih pada malam 24 Nov lepas.

"Saya minta masyarakat terus beri kerjasama dengan kita dengan menyalurkan maklumat. Kita akan pastikan tindakan diambil ke atas mereka (suspek) ini," tegas Khalid.

Mengenai tunjuk perasaan yang dibuat oleh seorang veteran tentera Ali Tinju di hadapan bangunan Kota Raya di Kuala Lumpur pada Jumaat, Khalid berkata lelaki itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika didapati melanggar undang-undang.
Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom dilapor membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman semasa melakukan tunjuk perasaan itu.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya tidak boleh dipersalahkan dalam isu Ali Tinju hanya kerana keputusan membebaskannya daripada tuduhan menghasut pada 17 Sept lepas.

"Tidak adil untuk tuduh (pihak kami) bertanggungjawab. Saya dah jelaskan, rakaman video mengenai tuduhan menghasut Ali Tinju tidak cukup, kalau cukup saya akan dakwa," katanya ketika ditemui pada majlis sama.