Akhirnya Ketua Polis BONGKAR Punca Sebenar Zulkifli Dibicarakan. Akhirnya Penipuan TERBONGKAR!!


KUALA LUMPUR, 31 Dis: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihat orang ramai agar meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian.

Khalid berkata sedemikian ketika mengulas mengenai siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika mempertahankan dirinya di Terengganu.

Pertuduhan tersebut telah mendatangkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Selain itu, Khalid juga mempertikaikan peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya.

"Jika seseorang merompak kita, itu tidak bermakna kita boleh membunuhnya.

"Seksyen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had untuk mempertahankan diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).

"Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?

"Disinilah Majlis Peguam memainkan peranan dalam mendidik orang ramai," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Menurut Khalid lagi, hak bagi mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya.

Sebelum ini, kes seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulkifli menjadi viral di media sosial.

Susulan daripada kenyataan ini, ramai pembaca yang tidak berpuas hati, namum ada juga yang sokong dengan tindakan ini.


Pelik!! Org Baru Peluk Islam Ikut Cara Melayu Berkahwin! Mari Lihat Perkara Pelik Di Majlis Berinai Marsha! (10 Foto)

Seperti biasa sehari sebelum tarikh keramat, akan diadakan majlis malam berinai untuk meraikan bakal pengantin. Majlis yang dianjurkan untuk Marsha ini sangat ringkas namun jelas menyerlahkan seri pengantin.



Semoga segalanya berjalan lancar buat Marsha dan Saiful hari ini. Pasti kedua-duanya sedang berdebar menunggu detik diijabkabulkan. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.









Isteri Dedah Kisah Rumah Tangga Selepas Cintanya Ditolak Seorang Lelaki - Ezany Nizariff


PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff mendakwa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin membuat pendedahan kepada media mengenai masalah rumah tangga mereka selepas cinta dia terhadap seorang lelaki ditolak.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, berkata, walaupun tidak tahu kenapa pendedahan itu dibuat, namun dia menyifatkan tindakan Lizda adalah lucu dan tidak bijak.

"Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.

"Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah dengannya meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ezany berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai pendedahan isterinya yang mendakwa Ezany berlaku curang serta mengabaikan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.

Malah, Lizda juga memberitahu setiap kenyataan yang diberi oleh Ezany kononnya dia lari dari rumah bersama kekasih juga adalah palsu selain mendakwa Ezany berlaku curang.

Bagaimanapun, kata Ezany, setiap kenyataan yang dikeluarkan Lizda langsung tidak benar dan dia menganggap isterinya itu sengaja mahu mengenakan dia semula atas tujuan tertentu.

"Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.

"Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?

"Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul. Kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu," ujarnya.

Sementara itu, Ezany berkata, pendedahan Lizda itu membuatkan wanita yang rapat dengannya dikenali sebagai Datin Paduka K turut terkena tempias kemelut masalah rumah tangganya itu.

"Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat," tuturnya.

Dalam pada itu, Ezany berkata, kes cerai dan nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya manakala tuntutan hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan sementara anak dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Keempat-empat kes yang difailkan sekitar Ogos 2014 berkenaan masih belum selesai.

Manakala Lizda pula mendakwa telah mendapat hak penjagaan sementara dua anak mereka di Mahkamah Rendah Syariah Tawau.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali pada 17 Julai 2014.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan pada 1 Julai 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun).

ANGAN DICIUM ANAK YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL…



Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka,bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka,,tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil………………

Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam,aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya,tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur…………………..

Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu………….

si comel ku..geramm nak cium kan..hmmm………….

~ jika Anak-anak degil @ nakal ~
– Sediakan air satu jug
– Baca Basmalah 786 kali
– Baca surah yasin ayat 72
وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

“Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan”

– Selesai baca hembus ke air & bagi anak minum

Insyaallah anak tak nakal lagi dah selepas itu…… kalau nakal lagi.. baca lagi…. dan kalau nakal lagi baca lagi…. dan kalau nakal lagi… SALAH BACA LAH TU….hehehehe
Atau baca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali..nanti malam anak tengah tidur baca diubun-ubun anak sebanyak 3kali dan tiup..

Perhatian!!!

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL……………………

: Waktu anak2 tidur la selalunya kita geram nk cium kan..hhmm

Koleksi Gambar Di Majlis Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Izwan


Tepat jam 9.20 pagi akhirnya pelakon Nabila Huda, 31, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Izwan Bin Johar, 32, dengan sekali lafaz disaksikan oleh jurunikah Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Khairuddin Haiyon.
Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Nabila Huda sendiri iaitu penyanyi Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM 300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis itu juga, pihak perempuan menerima 5 dulang hantaran berbalas 7 daripada pihak lelaki. Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada hari Sabtu di kediaman keluarga pihak lelaki di Shah Alam.

Sekalung tahniah buat pasangan Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. (rtky/h)










4 Tahun Mendirikan Rumah Tangga Akhirnya Memey Luahkan Perasaan Hidupnya Kini Yang Pasti Mengejutkan Semua Orang..



EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Memey Suhaiza mengakui hidupnya semakin sempurna. Memiliki keluarga bahagia, di samping suami penyayang serta anak-anak yang comel, akui Memey ia melengkapkan lagi hidupnya sebagai wanita.

Ditambah pula dengan keputusannya untuk berhijab dua tahun lalu, memberikan lebih ketenangan buat dirinya.

Berusaha mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, Memey turut menjadikan Rasulullah SAW sebagai idolanya. Malah sempena Maulidur Rasul ini, isteri kepada aktor Norman Hakim ini lebih istiqamah dengan mengenang serta mengenali keperibadian keagungan Rasulullah SAW.

"Sekarang banyak yang saya pelajari sejak penghijrahan ini, maka saya perlu amalkan untuk diikuti dalam kehidupan seharian.

"Banyak sebenarnya keperibadian dan kisah Baginda yang masih tidak saya ketahui. Justeru, masih perlu dikaji dan dipelajari," katanya kepada Zass ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 28, dalam menjalani kehidupan seharian, dia cuba memperbaiki diri dengan mendalami ilmu agama serta mempelajari sunnah Rasulullah.

"Mungkin saya bukanlah contoh yang baik, tetapi sebagai manusia yang sentiasa inginkan kebaikan, saya belajar juga untuk memperbaiki diri.

"Pastinya sebagai umatnya, segala apa yang dilakukan oleh Baginda akan cuba saya ikuti. Walaupun tidak sepenuhnya lagi, tetapi saya cuba belajar dari hari ke hari," katanya.

Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, Memey berkata, dia juga cuba menerapkan keperibadian yang baik ke dalam diri anak-anaknya.

"Saya akui saya masih banyak kekurangan, namun dalam tempoh belajar, saya turut mendedahkan anak-anak dengan keperibadian lebih baik.

"Pada masa sama, saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk mengikuti segala kemahuan kita kerana mereka masih kecil," katanya.

Sempena tahun baharu, Memey berkata, dia akan terus berusaha memperbaiki diri menjadi wanita Muslimah lebih baik.

"Apa yang saya rancang sebolehnya, mahu terus muhasabah diri dan kembangkan lagi perniagaan.

"Lakonan pula mungkin tidak seaktif sebelum ini, namun tidak bermakna mahu berhenti terus daripada bidang tersebut," katanya.

Belajar dari kesilapan lalu

Berkongsi pula mengenai kerjaya serta kehidupan rumah tangganya, Memey memanjatkan kesyukuran kerana segalanya dipermudahkan ALLAH.

"Selepas melalui bermacam-macam perkara sebelum ini, Alhamdulillah, dengan apa saya lalui kini lebih baik daripada dahulu. Justeru saya perlu hadapi dan perbaikinya lagi," katanya.

Memey juga mengakui sejak berkahwin dan memiliki anak, karier seninya semakin perlahan.

"Saya sekarang terikat sedikit dengan masa, jadi jika ada rakaman atau penggambaran yang pendek baharu akan saya ambil.

"Saya juga sedikit sibuk menguruskan perniagaan saya dan suami iaitu butik pakaian jenama Meylana yang kini semakin mendapat sambutan. Insya-ALLAH jika ada rezeki lebih, kami mahu menambah dua atau tiga lagi cawangan tahun depan," katanya.

Sebagai pasangan yang masih baharu dalam alam rumah tangga, Memey juga mengamalkan konsep 'mesyuarah' iaitu sering berkomunikasi dengan suaminya, Norman dalam menyelesaikan masalah.

"Cara itu penting kerana masing-masing punyai fokus berbeza serta sibuk dengan kerjaya masing-masing, justeru kerapkan komunikasi agar rumah tangga sentiasa rukun," katanya.

Mat Sentol NEKAD Dedah Kekayaan Yang Beliau Miliki ! PERGHHHH !



Dituduh Miskin Kerana Berjalan Kaki, Mat Sentol NEKAD Dedah Kekayaan Yg Beliau Miliki ! PERGHHHH !





Mat Sentol kesal dengan fitnah bahawa dirinya hidup melarat, hanya kerana gambar yang memperlihatkan dirinya berjalan kaki.

Ujar pelakon dan pelawak veteran itu, berjalan kaki adalah rutin hariannya untuk menjaga kesihatan,

"Kehidupan saya Alhamdulillah baik dan saya tidak tahu kenapa orang berkata saya sebegitu. Mereka mungkin tidak pernah nampak saya berjalan kaki seorang diri.

"Sudah menjadi rutian harian saya setiap petang akan berjalan kaki di kawasan sekitar atau ke bandar sebagai senaman demi menjaga kesihatan," katanya memetik mStar.



Malah anak Mat Sentol, Rosdin Abdul Rasip yang juga meluahkan rasa kesalnya memberitahu bapanya berada dalam keadaan sihat dan mereka tinggal bersama di Johor Bahru.

"Saya tidak tahu mengapa mereka berkata demikian dan mungkin juga mereka ada niat baik untuk membantu ayah saya.

"Tapi buat masa ini kehidupan dia baik bersama keluarga kami. Semua yang dikatakan di laman sosial tidak benar," ujarnya.

"Itu memang menjadi rutin harian, kesihatan dia baik cuma kadang-kadang sakit lutut tapi kalau kami larang dia berjalan... dia tidak mahu dengar.

"Alhamdulillah ramai pemandu teksi yang kenal bapa dan sentiasa akan memastikan jika dia berasa penat akan ada menghantarnya pulang ke rumah,".

Menghalang Polis Mengiring Peminpin Boleh Dikenakkan Tindakkan Keras


Ingkar arahan polis pengiring boleh dikenakan tindakan - Khalid
KHALID: Pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama (VVIP) termasuk enggan memberi laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.

"Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas viral mengenai polis pengiring tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta beberapa portal berita yang memainkan isu polis pengiring supaya berhenti berbuat demikian dan menyifatkannya sebagai tindakan mengajak rakyat supaya mengingkari undang-undang.

"Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat suoaya ingkar undang-undang," katanya.

Mengulas mengenai catatan Twitter beliau pada Jumaat berkenaan rampasan empat pucuk pistol di Kajang oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang bapa dan anak di Semenyih pada bulan lepas.

Menurutnya polis giat menjalankan siasatan dan yakin lebih ramai suspek akan ditahan.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia manakala bapanya cedera parah akibat ditembak di Jalan Besar, Semenyih pada malam 24 Nov lepas.

"Saya minta masyarakat terus beri kerjasama dengan kita dengan menyalurkan maklumat. Kita akan pastikan tindakan diambil ke atas mereka (suspek) ini," tegas Khalid.

Mengenai tunjuk perasaan yang dibuat oleh seorang veteran tentera Ali Tinju di hadapan bangunan Kota Raya di Kuala Lumpur pada Jumaat, Khalid berkata lelaki itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika didapati melanggar undang-undang.
Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom dilapor membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman semasa melakukan tunjuk perasaan itu.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya tidak boleh dipersalahkan dalam isu Ali Tinju hanya kerana keputusan membebaskannya daripada tuduhan menghasut pada 17 Sept lepas.

"Tidak adil untuk tuduh (pihak kami) bertanggungjawab. Saya dah jelaskan, rakaman video mengenai tuduhan menghasut Ali Tinju tidak cukup, kalau cukup saya akan dakwa," katanya ketika ditemui pada majlis sama.