Suspek Kes Tembak Datuk M Yang Ditangkap Ternyata Pasti Mengejutkan Ramai Siapa Sebenarnya Beliau !



George Town: Suspek dalam kejadian tembakan di Chong Eu Expressway yang meragut nyawa seorang Datuk dan dua yang lain telah ditahan.

Berita sebelum ini:


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, suspek merupakan pengawal peribadi Datuk tersebut dan menaiki kereta bersama mangsa ketika kejadian.

"Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, tetapi suspek terus melepaskan tembakan kearahnya", kata beliau sebagaimana lapor The Star.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid, mengesahkan Datuk yang menjadi mangsa dikenali sebagai Ong Teik Kwong, 32.

Zainol berkata polis masih lagi menyiasat motif kejadian.

Empat individu turut cedera dalam kejadian.
loading...