Rakaman Video & Gambar Saat Suami Isteri Maut Di Panah Petir.

Tiga orang termasuk sepasang suami isteri yang berteduh dari hujan lebat maut di panah petir di pondok tengah sawah mereka, dalam kejadian tengah hari semalam. 


Tiga petani berkanan berusia antara 45-55 tahun itu maut ditempat kejadian dengan keadaan mengerikan di tengah sawah, Kampung Karangleman Madura Indonesia.

Menurut keterangan ahli keluarga mangsa, ketiga mangsa awalnya membersihkan rumput di sekitar sawah, apabila hujan lebat meraka berteduh di pondok sawah itu.

Selang beberapa saat petir memanah pondok mereka hingga bumbung pondok berkenan terpelanting.

Penduduk sekitar yang melihat kejadian itu, terus berlari ke lokasi kejadian dan mendapati ketiga mangsa sudah meninggal dunia dan melaporkannya kepada pihak polis.

Ketiga mangsa dibawa ke hospital untuk membuat bedah siasat sebelum di kembalikan kepada keluarga masing-masing dan dikebumikan ditanah pekuburan islam kampung itu.

Kata saksi kejadian, sebaik saja dentuman yang kuat mengejutkan penduduk kampung dan petir menyambar pondok mangsa, sehingga elektrik dikawasan berkenan putus, hujan berterusan hingga makrib, sehingga menyukarkan usaha pindahkan ketiga-tiga mayat amat sukar ditambah lagi ketinggian air paras hingga betis di sawah itu.



loading...