Rafizi BENGANG Kerana Jadi Mangsa Dengan Penganjur Parti Seks !


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bengang kerana nombor telefonnya digunakan oleh penganjur sebuah parti seks bogel bagi mempromosi parti itu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, hal itu menyebabkan beliau telah dihubungi oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Shah Alam, Selangor yang menyiasat penganjuran parti itu.

“Nombor telefon saya digunakan sebagai penganjur parti seks bogel.

“Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang menyiasat sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi yang dikenali umum sebagai pakar propaganda Pakatan Harapan berkata, beliau turut mendapat salinan iklan tersebut dan ia bukan kali pertama berlaku.

“Ini bukan kali pertama nombor telefon saya disalahgunakan bagi sebaran maklumat berhubung perkhidmatan seks atau pelacuran.

“Saya telah menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam,” katanya.

Justeru, beliau memohon mereka yang berhajat menyertai parti seks itu tidak menelefon atau menghantar pesanan whatsapp kepadanya.
loading...