Masih Ingat Dengan Si Julia Perez Nih...!!! Penyayi Indosia Yang Selalu Berpakaian Seksi ? Korang Nak Tahu Nasibnya Sekarang?

Julia Perez Semakin Kurus Selepas Jalani Rawatan Kimoterapi


Pelakon dan penyanyi Indonesia, Julia Perez yang disahkan menghadap penyakit kanser serviks sejak dua tahun lalu dilihat telah semakin kurus ketika menjalani rawatan kimoterapi baru-baru ini.
Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe menerusi laman sosial Instagram miliknya telah berkongsi sebuah video ketika dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Indonesia.

Menerusi video yang dikongsikan itu keadaan Jupe masih ceria ketawa ketika bergurau bersama jururawat yang merawatnya walaupun keadaannya dilihat tidak sihat dengan tubuhnya yang semakin susut.

Pun begitu, Jupe masih lagi dilihat aktif dalam bidang seni apabila menghadiri beberapa majlis-majlis hiburan di sana.

Jupe juga masih memenuhi undangan nyanyian sepertimana yang dikongsi di dalam akaun Instagramnya.

Selain itu peminat dan pengikut laman sosialnya juga dilihat sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

Berikut merupakan video terbaharu Jupe menjalani kimoterapi:
 
A video posted by Juliaperez (@juliaperrezz) on

loading...