[7 Foto] Anggota JPJ Berkecai Kepala Pecah Digilis Dan Diseret Treler Ketika Operasi

eksidenSeorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menjalankan operasi maut selepas digilis treler, berhampiran Plaza Tol Setia Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamad, berkata mangsa, Mohd Ridzuan Yusoff, 32, mati di tempat kejadian.
Katanya, kejadian berlaku selepas mangsa yang berasal dari Melaka itu selesai memeriksa lesen seorang pemandu kontena sebelum dilanggar treler terbabit.
“Dalam operasi ini, mangsa bertugas dengan tiga lagi rakan lain, tetapi semua rakannya itu berada kira-kira 30 meter dari tempatnya berdiri.
“Kita percaya pemandu treler itu tidak perasan mangsa berada di hadapan kenderaannya kerana pemandu itu memandang ke arah kanan bagi meneruskan perjalanan selepas selesai menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Pemandu treler sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
loading...