(Video) Punca Sebenar Pembunuhan Kejam 4 Individu Di Kelantan.

Mayat empat individu yang ditemukan di kawasan semak berhampiran sawah di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok semalam dipercayai warga Myanmar yang dilarikan sekumpulan lelaki bertopeng Selasa lalu.

Mangsa yang berusia 22 hingga 31 tahun itu dikatakan dilarikan oleh sembilan lelaki tersebut dari asrama tempat mereka bekerja di Kampung Tunjong Mulong kira-kira pukul 11 malam.

Menurut sumber, pada Rabu lalu, polis menerima laporan mengenai empat lelaki warga Myanmar dilarikan sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau.

"Mangsa dipercayai dibunuh bermotifkan dendam lama berkaitan krisis agama di negara asal mereka melibatkan pengganut Islam dan Buddha," katanya.

loading...