Punah Ranah Habis Anak Gadis Di Laman Media sosial WeChat Semakin MELAMPAU! [5 GAMBAR]

Sindiket pelacuran yang beroperasi di sebalik premis rumah urut kini mempromosikan khidmat seks melalui aplikasi wechat sebagai modus operandi terbaru mereka bagi mendapatkan pelanggan.

Apa yang membimbangkan, aplikasi wechat yang menjadi platform mereka untuk menyenaraikan pelacur seperti ‘katalog’ boleh diakses oleh orang awam tanpa sebarang sekatan dan kawalan.

Aktiviti tidak sihat itu dikesan The Rakyat Post apabila beberapa gambar wanita berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan boleh diterima di telefon bimbit yang mempunyai akses aplikasi itu.

Seperti biasa, helah yang dilakukan oleh sindiket ini ialah cuba ‘memancing’ pelanggan dengan khidmat urutan badan secara tradisional yang akhirnya berkesudahan dengan perlakuan seks.

Siasatan mendapati, pengendali laman aplikasi Wechat itu mempromosikan khidmat yang disediakan dengan meletakkan maklumat terperinci seperti lokasi tempat mereka beroperasi.

Difahamkan, pengiklanan seperti itu mampu menarik ramai pelanggan kerana bagi lelaki hidung belang mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari pemuas nafsu kerana kecanggihan telekomunikasi pada hari ini mampu menghubungkan mereka terus bagi tujuan itu.

Menerusi penyamaran sebagai pelanggan The Rakyat Post menghubungi seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang dikenali sebagai Roy.

Roy berkata, khidmat wanita yang disediakan olehnya sebagai pemuas nafsu disediakan 24 jam dan boleh dilanggan pada bila-bila masa.

Menurutnya, dia hanya menjalankan aktiviti itu di sebuah hotel yang berdekatan dengan sebuah pusat beli-belah di Seputeh dan pelanggan boleh membuat pesanan wanita dari negara mana yang diingini.

“Saya ada perempuan Melayu, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Kamu mahu mana satu..harga dari RM168 sampai RM200. Itu harga sudah sekali bayar dengan bilik hotel tak perlu tambah wang lagi,” katanya.

Roy turut menjelaskan, pelanggan tidak perlu bimbang kerana setakat ini aktiviti yang dijalankannya tidak pernah diserbu pihak berkuasa dan meletakkan jaminan selamat sekiranya menggunakan khidmat persundalannya.

Selain itu katanya, pelanggan boleh berunding dengan pelacur yang dikehendaki tentang cara bagaimana mereka mahu dilayani dan janjinya, wanita berkenaan akan menuruti segala permintaan pelanggan untuk beraksi di ranjang.

Pelanggan juga katanya, boleh memilih sendiri wanita yang diingini kerana dia mempunyai ramai pelacur yang dibawa masuk untuk bekerja dengannya.

Sementara itu, seorang lagi bapa ayam yang dikenali sebagai Jack berkata, dia menjalankan operasinya itu di sebuah premis di Shah Alam.

“Awak boleh guna perempuan itu ikut harga pakej. Kalau kamu mahu, harga saya boleh beri daripada RM168 untuk satu jam dan kalau harga pakej sekali dengan urutan saya beri RM330. Lebih masa kamu boleh guna perempuan itu ikut suka kamu.

“Saya jamin kamu mesti puas hati dan mahu cari lagi lepas kamu dapat guna mereka. Saya cuma sediakan perempuan terbaik untuk semua pelanggan saya,” katanya.

Di sini timbul persoalan berkenaan dengan penguatkuasaan yang dibuat oleh pihak terbabit di mana, semua pihak tidak mengira umur boleh mendapatkan khidmat persundalan ini tanpa sebarang kawalan.

Keadaan itu dikhuatiri memberi pengaruh kepada masyarakat terutamanya golongan remaja bawah umur yang cenderung untuk mencuba perlakuan tidak bermoral ini.









loading...