Memang Malu Lah Kalau Konsert Pertama Pun Dah Jadi Benda Macam Ni !!

Konsert pertama GegarVaganza 3 (GV 3) membuka tirai malam tadi.Sebanyak 12 orang peserta mula membuka gelanggang dan menunjukkan kebolehan masing-masing.Bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), GV 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
untitled

Siti Sarah yang membawakan lagu Jangan Kau Mimpi muncul sebagai peserta yang mendapat kutipan markah tertinggi dari tiga juri profesional, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap serta Datuk Yusof Haslam selaku juri undangan.

Astro Gempak menyenaraikan 10 perkara menarik yang terjadi di konsert pertama GV3.
1. Penonton mula menunggu di Auditorium MBSA seawal jam 6 petang walaupun konsert bermula jam 9 malam.

2. Suasana di Auditorium MBSA tak ubah seperti stadium bola yang meriah dan penuh dengan penonton! Semuanya sangat sporting!

3. Letupan dan bunga api pada akhir persembahan pembukaan oleh Siti Nordiana, Farahdhiya dan Ezad Lazim membuatkan penonton di dalam Auditorium MBSA terkejut. Kus semangat!


4. Kata kunci #GegarVaganza3 menjadi trending di laman sosial. Kebanyakan nama peserta seperti Siti Sarah, Zarul, Elly Mazlein dan Nora turut trending.

5. Mikrofon yang digunakan oleh Azharina mendapat perhatian netizen. Ada yang menyamakan sarung mikrofon tersebut dengan manik-manik yang terhias di busana Azharina. Ada juga yang berseloroh mengatakan mikrofon Azharina disaluti aluminium foil. Menyampaikan lagu Elegi Sepi, Azharina mendapat standing ovation dari juri tetap, Datuk Khatijah Ibrahim.

6. Peserta GV musim lepas turut memeriahkan Auditorium MBSA. Antara mereka yang hadir ialah Nassier Wahab, Haiza, Rahmad Mega, Azian Mazwan Sapuwan, Nizam Laksamana, Achong Sweetchild, Sharifah Zarina dan Hasnol.

7. Datuk Ramlis MS kelihatan sangat enjoy apabila Shidi Data mempersembahkan lagu Permaisuri. Tok Ram menggerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu tersebut!

8. Ketika iklan, Jihan Muse dan Nabil Ahmad sempat mengusik rakan pelawak mereka, Shuib Sepahtu yang kelihatan gementar menunggu isterinya, Siti Sarah mempersembahkan lagu Jangan Kau Mimpi.

9. Ramai yang geram dan terus rasa lapar apabila melihat dua bucket KFC yang diletakkan bersebelahan meja juri. Nampak sungguh enak dan menyelerakan!

10. Shuib merupakan seorang suami yang sangat penyayang dan romantik. Ketika Sarah hadir di sidang media, Shuib sempat menelefon isterinya dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Sarah merangkul tempat teratas untuk konsert pertama. Sarah kelihatan terharu dan hampir menitiskan air mata.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kedua GV 3 bertemakan Memori Berkasih dan 12 peserta masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
loading...