"Kau Dah Rampas Suami Aku Lepas Tu Kau Ajak Suami Aku Projek Depan Mata Aku, Aku Duduk Sebelah Korang Ni Tengok Je Aksi Korang?"


"Kau Dah Rampas Suami Aku Lepas Tu Kau Ajak Suami Aku Projek Depan Mata Aku, Aku Duduk Sebelah Korang Ni Tengok Je Aksi Korang?"

Salam admin krt. Sebelum ni saya berkahwin selama 22 tahun. Skrg umur dah 40 lbh dah saya pun dah ada 3 org cucu.. suami saya berkahwin dengan pompuan indon.. pd awalnya kami bermadu, walaupun hati sakit saya cuba terima, lama kelamaan pompuan tu mula cari pasal dia minta untuk suami ajak dia tingal di rumah saya, rumah tu harta saya bersama suami, saya tak setuju tapi dia merayu2 dan suami pun sama.. hati saya jadi lembut, sy setuju.. bila tinggal bersama mereka tunjuk kemesraan di depan saya.. peluk cium didepan saya.. bila giliran suami masuk dibilik saya, dia ketuk puntu katanya takut sendiri dan meminta untuk tidur dibilik kami. Satu katil yg teramat sempit mereka tdo berpelukkan sedangkan saya tdo di belakang suami..


semakin lama mereka semakin melampau, barang saya buat main sesuka hati dan dia dah pandai bawa kawan masuk ke rumah saya, mereka buat macam rumah mereka sendiri , akhirnya saya halau mereka keluar,, bila suami balik, die mengadu dan akhirnya saya diceraikan dengan talak 3..


Kami dah bercerai nak masuk 8 bulan. Sekarang saya dikampung tempat arwah ibu bapa saya. Dan Alhamdulillah saya juga sudah berkahwin dengan seorang duda yang solat 5 waktu dan memang cukup baik..

Tapi yang jadi masalah,, bekas suami selalu mengganggu saya, dia add fb suami saya dan mengatakan saya adalah bekas2nya,dia dah rasa semua yg ada di badan saya dan macam2 lagi yg dia kata.. dia juga membuat akaun fb palsu dan mengomen di status fb saya kononnya dia adalah scandal saya.. padahal saya tak pernah curang dengan mana2 lelaki. Saya dah block dia tp dia tetap buat akaun baru untuk menggangu saya.. macam mana nak atasi org macam ni admin?
loading...