Harian #METRO Kongsi Cerita Sebenar Orang bunian viral dan muncul di gunung lambak


Kuala Lumpur: Wartawan: Jadi, anda orang bunian? Jawapan: Hmmm... mungkin boleh jadi... hahaha."

Itu reaksi wanita yang berpakaian pengantin dan gambarnya viral dikatakan sebagai orang bunian ketika disoal wartawan menerusi aplikasi Whatsapp dengan nada bergurau.

Wanita itu, Izzatul Farhana Aimi Saidon, 26, berkata, gambar yang dirakamkan di hutan berlumut (mossy forest), Gunung Irau, Cameron Highlands pada 16 September lalu itu sebenarnya diambil ketika sesi fotografi perkahwinannya yang diambil oleh jurugambar dari Capturistic Studio.

Izzatul Farhana Aimi yang juga penuntut Ijazah Teknologi Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar berkata, gambar viral dirinya disalah anggap sebagai bunian yang diambil pengguna Facebook (FB) Muhammad Hafizi itu juga dianggap sebagai melucukan.

"Terkejut dan rasa kelakar.. tak sangka akan jadi viral. Saya pergi ke sana hanya ambil gambar 'post-wedding'.

"Saya tidak menyangka disebabkan pakai baju akad nikah berwarna putih di dalam hutan, saya disangkakan bunian," katanya yang berasal dari Jerantut, Pahang.

Izzatul Farhana Aimi berkata, dia hanya menyedari gambarnya viral dan dikatakan orang bunian apabila sepupunya kongsikan berita yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.

Katanya, viral berkenaan tidak memberi kesan kepada dirinya secara langsung tetapi kesal dengan mentaliti masyarakat yang mudah mempercayai perkara tidak benar.

"Terkesan itu tidak sangat... tetapi apabila membaca komen masyarakat, saya berasa masyarakat kita mentaliti sangat lemah, mudah mempercayai benda-benda macam ini.

"Terkesan itu tidak sangat... tetapi apabila membaca komen masyarakat, saya berasa masyarakat kita mentaliti sangat lemah, mudah mempercayai benda-benda macam ini.

"Masyarakat kita lebih suka menuduh tanpa usul periksa, ada yang tuduh atau mempersoalkan pengantin atau model serta jurugambar yang mengambil gambar di hutan pula," katanya.

Dia berkata, suami, Mohd Saffririzal Abdul Halim, 29, yang dikahwini pada 9 September lalu pula tidak memberi sebarang reaksi mengenai viral berkenaan.

Sementara itu, pemilik Capturistic Studio, yang juga jurukamera yang membuat penggambaran untuk Izzatul Farhana Aimi dan suami di hutan berkenaan, Mohd Husainy Zulkeflee, 24, juga mengatakan perkara yang sama.

"Saya rasa benda tu kelakar sebab masyarakat kita ni tengok gambar macam tu tak periksa, main 'bantai' saja kan. Tetapi tidaklah memberi kesan sangat pun, ia macam satu benda yang kelakar.

"Saya terkejut jugalah sebab gambar masa kami sedang buat fotografi itu orang tuduh pelanggan kami sebagai orang bunian dan gambar kami pun ada dalam tu. Cuma terkejut," katanya ketika dihubungi.
loading...