Awie Dan Bakal Isteri Diserang 'Penyakit Misteri' Sebelum Nikah


Nampaknya penyanyi rock dan juga pelakon, Awie akan mengakui bahawa dirinya akan bernikah dengan tunangnya Sharifah Ladyana pada hujung minggu ini namun lokasi majlis akan dirahsiakan demi menghindarkan perkara tidak diingin terjadi kepada dirinya dan juga isteri.

“Sewaktu bertunang baru-baru ini, saya adakan majlis itu secara senyap-senyap di Pulau Pinang. Waktu itu barulah saya rasa selamat. Itulah punca saya tak beritahu sesiapa,” kongsinya kepada Harian Metro.


Menurut Awie, dia berdepan dengan sakit kaki kronik yang membuatkan dirinya tidak dapat memijak lantai sehingga terpaksa bertongkat. Tetapi, bahagian kaki penyanyi ini tidak pula merasa sakit jika dipicit, dipukul mahu pun diangkat.

“Dia (isteri) pun kena juga. Mukanya tumbuh jerawat manakala kakinya pula lebam-lebam tanpa sebab dan terpaksa berjalan tempang hingga dia trauma. Itulah punca saya tak mahu dedahkan lokasi pernikahan nanti kerana bimbang akan berdepan ‘gangguan’”


“Majlisnya akan dibuat jauh dari sini. Persediaan pula dibuat menggunakan orang perantaraan kerana saya sendiri sibuk dengan aktiviti seni. Saya dah tak larat sebenarnya kerana terlalu teruk. Nak kata sakit, saya boleh menyanyi, boleh beraksi di pentas dan masih ada stamina”

“Namun, sakit yang pelik ini sangat menghairankan saya. Nak kata saya kena gout pun, saya pernah menjalani ujian darah dan doktor mengesahkan ia bukan penyakit gout seperti disangka,” kata Awie yang telah mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz selain berharap agar kakinya dapat sembuh seperti biasa
loading...