AKHIRNYA TERJAWAB!! Setelah Rakan Suspek kes Tetak Sampai Mati DI KUALA TERENGGANU Telah Berjaya Ditahan..


Kuala Terengganu: Pemilik Honda Civic dan bapa saudaranya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tikam mati anggota Jalan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di sekitar Manir, petang semalam.

Dua lelaki terbabit masing-masing berusia 27 tahun dan 55 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan kira-kira jam 4.30 petang dan 4.45 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pemandu Honda Civic dinaiki suspek yang juga rakannya ditahan dalam serbuan 4.30 petang semalam di rumah di Jalan Tanjung Bunut, Kampung Buluh.


"Hasil siasatan, lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah memaklumkan kereta Honda Civic yang digunakan dalam kejadian itu diserahkan kepada bapa saudaranya untuk disorok di Kampung Dusun Tembakau.

"Susulan maklumat itu, polis menahan seorang lagi lelaki 4.45 petang.

"Polis turut menemui kereta itu yang disorokkan di tepi kawasan padang rumput di bersebelahan kandang lembu di Kampung Dusun Tembakau, " katanya.

Wan Abd Aziz, dua lelaki terbabit kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan.

Akhbar semalam melaporkan seorang lelaki mati ditikam teman lelaki adiknya di Kompleks Seri Iman, di sini.
loading...