Akhirnya Terjawab! Inilah Fakta Tersembunyi Dibalik Penemuan 4 Mayat Berulat Di Bachok Kelantan Yang Tidak Dideahkan Kepada Ramai

klkujks
Fakta Tersembunyi Dibalik Penemuan 4 Mayat Berulat Di Bachok Kelantan|Misteri penemuan 4 mayat berulat tidak dikenali petang semalam di Kampung Tanjung Hilir, Bachok kelantan akibat dibunuh kini menjadi teka teki yang masih belum terpecahkan,siapakah mereka!

Sebelumnya dimaklumkan ke 4 mangsa dibunuh dengan modus operandi sama yakni Muka ditekup dengan plastik, ditikam dengan senjata tajam di dada dan perut sebelum dicampak ke semak.
Berdasarkan kesan calar di bahagian badan mangsa dipercayai berlaku pergaduhan sebelum mangsa dibunuh oleh lebih dari seorang suspek.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail yang berada di tempat kejadian.
Berkait penemuan mayat ini ada fakta yang mungkin memiliki kaitan dengan penemuan mayat mereput berkenan,Pada 26.10.2016 lalu Seorang Penyelia tapak bermana Muhammad Hazazi Bin Roslan 25 yang berasal dari Taman Bukit Kuang Sejahtera Kemaman, Terengganu .menerima satu aduan dari pekerjanya warga indonesia memberitahu bahawa 4 orang pekerja yang merupakan warga negara Myanmar Telah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki bertopeng dengan jumlah lebih kurang 7 ke 9 orang.
Kejadian itu berlaku di rumah Hostel mangsa dan saksi di PT 467 blk 7B Jalan Kuala Krai Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjung Kg Tunjung Mulung Kelantan pada 25/10/16 jam lebih kurang 11.00 malam.
Menurut saksi mata, seorang mangsa lelaki warga Myanmar telah keluar dari rumahnya pada jam 9.00 malan dan pergi ke kedai.
Pada jam 11.00 malam mangsa pulang kerumah dengan dua lelaki bertopeng salah seorang darinya meletakkan pisau dileher mangsa.
Didalam rumah berkenan ada empat lelaki warga myanmar dan 7 lelaki warga indonesia,saksi berkata,setelah dua orang bertepeng itu dan mangsa masuk kedalam rumah,salah seorangnya menjerit,’siapa buddist? Mana lagi buddist?’ Sebanyak beberapa kali sambil mengacukan pisau ke arah saksi dan mangsa yang lain.
Selepas itu datang lagi 5 lelaki bertopeng dan terus bergelut dengan mangsa. Sebelum saspek keluar rumah membawa ke 4 mangsa, salah seorang saspek mengugut dan memberitahu saksi untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Kemudian mangsa dibawa keluar oleh saspek menaiki van berwarna putih dan no pendaftaran tidak pasti serta terus beredar ke arah jalan besar.
Berikut adalah identiti 4 mangsa warganegara Myamar yang di culik.
1) Maung Maung Soe
T/Lahir: 04.08.1985
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Monywa Myanmar
2)Thet Naing Soe
T/Lahir: 10.11.1994
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Tatkon Moha,Yangon
3) Thet Naing Win
T/Lahir: 13.11.1986
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Tatkon Moha,Yangon
4) Min Zaw Lwn
Umur: lewat 20-an
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Myanmar.
Siasatan pihak polis di tempat kejadian.
1.Tempat kejadian merupakan asrama beralamat di PT 467 blk 7B Tingkat 3, Jalan Kuala Krai Pusat Perniagan Bandar Baru Tunjung Mulung Kelantan.
2. Di dalam bilik tersebut terdapat 6 katil dua tingkat yang didiami pekerja pengadu iaitu tujuh orang warga indonesia dan empat orang warga Myanmar.
3.Dijumpai dua sarung pisau bertanda harga Pasaraya DZ Smart
4. Siasatan di DZ Smart pada rakaman CCTV bertarikh 25.10.2016 jam 2127hrs terdapat kelibat dua lelaki membuat bayaran barangan dapur termasuk pisau dikaunter.
Punca:Dipercayai Rentetan krisis agama di negara Myanmar melibatkan Myanmar Muslim dan Buddha,Masih ingat dengan kes ini;Misteri pembunuhan dan potong mayat warga Myanmar di Pulau Pinang
Baca lagi berita berkaitan
1.Video Tanpa Penemuan 4 Mayat Lelaki Dipercayai Mangsa Bunuh
2.Polis Sahkan 4 Mayat Berulat,Dibunuh Dengan Modus Operandi Sama
loading...