Zila Seeron, Kekasih Mengaku Berkhalwat


Bekas isteri pelawak, Along Cham, Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas keduanya mengaku bersalah atas tuduhan khalwat yang dilakukan pada Ogos lalu.

Hukuman itu telah diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar, jika gagal membayar denda mereka boleh dipenjara selama lima bulan.

Laporan mStar Online menyebut, Zila yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar beliau dikenakan hukuman ringan dengan alasan beliau baru sahaja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Manakala Khairul Azizi yang juga tidak diwakili peguam memohon hukuman sama kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Namun kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda tersebut. Zila dan Mohd Khairul Azizi yang bukan mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki tersebut,

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada 29 Ogos lalu, Zila dan Along telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Along sebelum ini mendakwa isterinya berlaku curang apabila Zila mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum berita kedua mereka ditangkap khalwat di kediaman lelaki terbabit di Bandar Bukit Jalil mula tersebar di laman sosial.
loading...