(KINI TRENDING) - Inilah Punca Indonesia Bertegas Mahu Hentikan Upacara Khatan 'Alat Kemaluan' Wanita


JAKARTA – Indonesia tegas memulakan kempen untuk menghentikan pencacatan kelamin wanita (FGM) menurut menteri wanita Yohana Yembise, walaupun terdapat bantahan dari pemimpin agama.

Indonesia, negara yang memiliki populasi beragama Islam terbesar dunia, cuba untuk mengharamkan FGM, termasuk khatan wanita, sedekad lalu tetapi masih gagal apabila ulama berpengaruh menghalang cadangan itu.

Yembise berkata, kerajaan mula bekerjasama dengan badan agama dan wanita untuk memberi kesedaran tentang bahaya FGM.

Kaji selidik juga sedang dijalankan untuk menyediakan “bukti saintifik” bagi menyokong usaha kerajaan mencegah amalan itu.

“Kami cuba mendekati pemimpin agama dan tradisional untuk memberi pemahaman dan kesedaran supaya amalan ini dihentikan,” katanya dilapor Reuters.

Hampir separuh kanak-kanak wanita berumur 11 tahun dan kebawah dikhatankan, menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Unicef pada Februari lalu dalam satu kajian global.

Sekitar 200 juta wanita di seluruh dunia menjadi mangsa FGM. Separuh daripada mereka berasal dari Indonesia, Mesir dan Ethiopia. Ia juga dipraktikkan di Malaysia.

Kajian Unicef mendapati tiga per empat kanak-kanak perempuan Indonesia dikhatankan ketika mereka berumur kurang enam bulan, dan prosedur biasanya dibuat oleh bidan.

“Sesetengah masyarakat percaya kanak-kanak perempuan perlu dikhatankan, jika tidak mereka tidak boleh masak nasi dengan betul atau tidak akan mendapat suami,” kata pegawai kanan kementerian luar Grata Endah
Werdaningtyas.
FGM mencederakan alat kelamin wanita, samada melukakannya, membuang sebahagian daripadanya, atau langsung mencacatkannya.

Dipraktikkan oleh kebanyakan masyarakat benua Afrika dan sesetengah umat Islam dan Kristian, FGM dilakukan kerana dipercayai dapat mengawal wanita dan nafsu mereka.

Menurut kajian Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), FGM tidak mempunyai sebarang manfaat daripada segi kesihatan.

Malah, FGM boleh menyebabkan jangkitan yang membawa kepada maut, dan memberi kesan buruk kepada kehamilan.

Ia juga tidak dinyatakan dalam al-Quran, dan dianggap sebagai tidak mempunyai sebarang dasar di dalam hukum syariah utama oleh Majlis Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir.
loading...