[Video] Suami tak kisah dan sangat sporting bila isteri berlakon adegan Ghairah..???


Suami merupakan imam kepada isteri dan bertanggungjawab sepenuhnya membimbing isteri kearah kebaikan. Tapi bagaimana pulak jika suami sendiri merelakan isteri cenderung melakukan perbuatan yang menyalahi agama?

Walau atas alasan apa sekalipun, yang salah tetap salah.. Banyak lagi cabang rezeki yang dijanjikan didunia tanpa melakukan perkara yang mungkar..


Mungkin didunia kita boleh memberikan pelbagai alasan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan kita, tetapi tidak adil jika kesalahan tersebut diletakkan diatas bahu satu pihak sahaja..

Selalu terjadi dikalangan artis berkenaan isu melakonkan watak panas ataupun adegan yang melampaui adab serta batasan.. Mereka akan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah dan seolah-olah hanya mahu melepaskan tengkuk sendiri sahaja..

Bagi artis wanita yang sudah berkahwin, alasan yang sering kedengaran ialah ‘suami merelakan’ ataupun ‘suami tak kisah’ apabila mereka melakonkan watak-watak panas dan juga babak ghairah..

Benarkah suami mereka tidak kisah ataupun ia hanya sekadar alasan untuk menutup mulut masyarakat serta menghalalkan babak lakonan tersebut? Wallahualam.

Hari ini, pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan bahawa suaminya memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon apabila membawa watak dan melakonkan adegan panas seperti aksi rogol dan beberapa babak ghairah yang dilakonkan dalam filem Pekak.

“Alhamdulillah suami seorang yang sporting. Waktu menjalankan penggambaran filem Pekak dia datang dan dia pula bagitahu apa yang patut saya buat. Lagipun dia suka filem, sebab itulah dia kahwin dengan pelakon meskipun dia seorang juruterbang”

“Semua itu lakonan, kita membawa watak orang lain dan itu adalah cabaran sebagai seorang pelakon. Itu semua ialah penerimaan orang ramai. Sebenarnya nak ke atau tak nak mereka tengok juga”

“Cuma kita tak boleh nak sebut pasal agama sebab perkara itu sensitif sangat. Selagi keluarga saya, keluarga mertua dan suami okay, tidak ada masalah,” katanya.

Sementara itu, Sakinah menjelaskan bahawa dia lebih selesa menjadi dirinya walaupun mengetahui tidak semua individu akan bersetuju dengan apa yang dilakukannya.

loading...