Pelajar ditahan rogol rakan 13 Tahun hingga terkoyak pada kemaluan


Batu Pahat: Empat pelajar lelaki sekolah menengah di sini, ditahan polis semalam selepas dipercayai merogol pelajar tingkatan satu sekolah sama, sejak April lalu.

Dalam serbuan 1 pagi itu, empat suspek berusia 13 hingga 15 tahun itu ditahan di kediaman mereka di kawasan Sungai Suloh, Senggarang, selepas tidak hadir ke sekolah sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata perkara itu disedari selepas seorang guru sekolah berkenaan memberitahu ibu mangsa kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol.

"Hasil pemeriksaan hospital mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa disebabkan hubungan seks sebelum mangsa akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dengan lima lelaki yang juga rakan sekolahnya sejak April lalu.

"Mangsa juga menyatakan pernah melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali dengan rakan sekelasnya di tempat rehat tasik di Taman Evergreen Heights dan di pondok kosong di Sungai Suloh, bulan lalu," katanya.

Abdul Wahib berkata, polis berjaya mengesan dan menahan empat suspek manakala seorang lagi suspek sedang dikesan.

"Keempat-empat suspek ditahan reman seminggu mulai semalam dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
loading...