Masih Ingat Dengan Si Lelaki Yang Bertatu Viral Dilaman Sosial Nih...!!! Korang Nak Tahu Tak Sampi 2 Baru Eksiden ? Kini Dikejutkkan Abang Long Fadhil Telah Eksiden Kali Ke 2


Selepas terbabit dalam kemalangan pada 22 Julai lalu, nampaknya Penceramah bebas, Abang Long Fadhil Husin, 29, sekali lagi berdepan detik cemas apabila sekali lagi terlibat dalam kemalangan selepas kereta Perodua Myvi dinaiki bersama dua ahli keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 44.4, Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Simpang Renggam, Johor, lapor Sinar Harian.

Ketika kejadian, beliau dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke Sinagpura daripada Melaka selepas bercuti sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

Kemalangan berkenaan menyebabkan Abang Long Fadhil mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibunya pula mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menjalani imbasan X-ray di Hospital Enchee Besar Hajjah Kalsom, Kluang.


Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Razak Md Said berkata, kemalangan berpunca apabila kereta Myvi dinaiki oleh Abang Long Fadhil itu cuba mengelak lopak air dan terbabas ke kiri jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan kenderaan mangsa melanggar tembok tanah di kiri jalan sebelum terbalik beberapa kali. Kereta itu kemudian terhumban dan terbalik di dalam longkang.

“Sebuah kereta lain dari arah belakang bertindak berhenti di lorong kecemasan untuk memberikan bantuan,” katanya.



Namun sebuah treler yang berada di laluan sama juga cuba mengelak sebelum melanggar kereta berhenti itu.

“Pada masa sama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima dan kereta Proton Wira turut merempuh kenderaan di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Myvi cedera di bahagian kepala, manakala ibunya mendapat kecederaan pada bahagian kaki,” katanya.
loading...