Inilah Respon Memang Mengejutkan Dari Menteri Besar Terengganu Mengenai Dakwaan Azizul Hasni Awang


Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat segera dakwaan atlet berbasikal, Azizulhasni Awang.
Azizulhasni sebelum ini yang melahirkan rasa kecewa dengan MB Terengganu kerana dikatakan mengabaikan kebajikan beliau.



Menurut Ahmad Razif, permintaan Azizulhasni untuk meminta bantuan itu langsung tidak sampai ke pengetahuannya.

Ini responnya:

“Setakat ini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini (dakwaan Azizulhasni) dan kena tunggu hasil siasatan terlebih dahulu.

“Jika betul dengan apa yang didakwa ini kita amat kesal dengan perkara yang terlepas pandang ini.
“Malah, ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Terengganu sentiasa memandang serius dalam bidang sukan dan akan memastikan kebajikan mereka dijaga dengan sebaiknya,”

“Kerajaan negeri akan menyediakan insentif atas kejayaan Azizul yang berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat antarabangsa.

“Kita sedang membuat persiapan untuk menyambut Azizul sebagai wira dan namanya akan dicatatkan di Muzium Negeri,”katanya.

Azizulhasni mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat gangsa di sukan Olimpik Rio sekaligus membuka mata ramai pihak tentang kehebatan pelumba basikal malaysia itu.
loading...