Dulu hingga sekarang wanita bertudung merah ni memang legend..Dulu kita banyak membesar dengan lagu-lagunya.Rasa2 semua kenal..


ELLA kelihatan lebih manis dengan penampilan bertudung. KUALA LUMPUR: Sejak Ramadan lalu, ratu rock negara, dilihat sering memuat naik gambarnya dengan imej berbeza ke laman sosial Instagram. 

Mengenakan tudung, penyanyi yang popular dengan lagu Dua Insan Bercinta itu nyata kelihatan lebih manis dengan penampilan terbabit. Bukan sekadar gambarnya bertudung yang dikongsi bersama peminat di laman sosial berkenaan, Ella juga sering memuat naik kata-kata atau madah berunsur ketuhanan sejak akhir-akhir ini. 

Justeru, situasi berkenaan bagai memberikan bayangan isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali, itu sudah pun berhijrah, seperti dilakukan beberapa teman artis wanita lain sebelum ini. 

Begitupun, sehingga kini usaha mendapatkan pengesahan daripada Ella, yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada 31 Julai ini, belum membuahkan hasil. Insan terdekat dengannya juga enggan mengulas perubahan imej penyanyi rock terbabit




loading...