Atlet Gimnas Farah Ann Nampak Lurah Alur Kemaluan? Mufti Perak Bagi Jawapan Sentap


Sebagai insan yang beragama Islam, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menegur kesalahan, kemungkaran, kemaksiatan yang berlaku di muka bumi ini. Apa yang salah di sisi agama, adalah salah dan perkara itu tidak perlu dibiarkan sahaja berlaku sebagaimana orang-orang kafir yang sengaja inginkan perkara bercanggah dengan Islam berlaku secara berleluasa.

Maka, sekarang tiba masa nitizen di Malaysia yang beragama Islam menegur saudara sesama Islam mereka iaitu  Farah Ann yang merupakan atlet sukan gimnastik negara. Farah Ann telah meraih pingat emas di dalam temsya Sukan Sea 2015 di Singapura bagi sukan gimnastik yang disertainya.
Kemenangan atlet melayu ini telah mendapat pelabagai pujian dari para peminatnya dan penyokongnya.
Tidak ketinggalan, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan gelaran KJ ini turut memberi pujian terhadap Farah Ann. Malah, KJ dengan selamba mengongsi satu tweet di laman Twitter dengan mencemuh para nitizen yang mengutuk Farah Ann.



Tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar, kita sendiri sudah tahu bagaimana pakaian seorang atlet gimnastik ketika beraksi di gelanggang. Sememangnya, tidak pernah lagi penulis menemui seorang atlet gimnastik yang beraksi di pentas kejohanan yang setara Sukan Sea mahupun di peringkat kebangsaan dengan memakai pakaian bertutup litup baju labuh dengan bertudung. Walaupun beragama Islam sekalipun, belum ada atlet yang memakai sebegitu di dalam acara sukan ini.




Dalam membahaskan isu yang begitu panas ini, sehinggakan ada pengguna laman sosial di Facebook mengatakan pakaian atlet gimnastik negara itu telah menampakkan lurah kemaluannya. Penulis sendiri tidak tahu gambar mana yang dirujuknya namun tiada sebarang kompromi, kemungkinan untuk perkara itu terlihat cukup tinggi ekoran pakaian dan aksi-aksi gimnastik yang dilakukannya boleh membawa kepada perkara tersebut,

Tampil ke hadapan, komen mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai isu ini cukup penulis tertarik kerana ia cukup ringkas namun jelas dan padat buat kita yang masih berdebat mengenai perkara ini. Antara komen dari beliau adalah:
"Sukan Gimnastik yang mengenakan pakaian menampakan aurat jelas sekali tidak sesuai untuk wanita Islam."
Itulah komen beliau, straight to the point. al-Fadhil menambah lagi,
"Jika mahu sertai juga perlu memakai pakaian yang sesuai yang menutup aurat dan tidak menampakan bentuk badan. Sudah pasti pakaian sebegitu tidak sesuai dengan sukan tersbeut. Bukan sukan gimnastik sahaja, malah sukan bola sepak bagi atlet lelaki perlu menutup aurat (lutut)."
Satu lagi penjelasan yang cukup mendalam dari beliau di mana dengan jelas menunjukkan di sini bahawa sukan gimnastik sememangnya tidak sesuai dengan wanita Islam dan beliau tidak berniat untuk mencemuh Farah Ann, tetapi komennya ikhlas memberi teguran yang positif kepada atlet lain bahawa menutup aurat adalah wajib bagi semua atlet baik lelaki mahupun perempuan tidak kira dalam apa jua jenis sukan sekali pun seandainya mereka beragama Islam.

Sumber: beritakontemporari
loading...