Aku Hilang Respek Pada Orang Tabligh Gara - Gara Disebabkan Oleh…


Luahan bekas pelajar UIA. Sama-sama kita ambil iktibar.

Aku bekas pelajar UIA. Abah aku org tabligh. Mak aku? Dulu tabligh suam suam sekarang langsung tak. Aku dah nikah. Ada wife. Ada anak. Family in law aku pun org tabligh tp tak suam suam gitu. Wife aku? Pljr mdrsh pakai niqab tapi bukan tabligh

Aku ada benda nak cite yg jd kan aku hilang respect dgn org yg bawa tabligh ni. Aku tak salah kan lgsg tabligh, sbb aku tahu tabligh ni benda mulia. Aku pun pernah join kuar 3 hari semua tu. Kuar 40hari tu. Tapi semua tu stop sampai situ je. Sbb kan aku jd hilang respect sgt sgt.

Sbb apa? Sedih kan. Ye lah. Mak aku dulu ada join taklim umah sorg ustzh ni. Famous kat kawasan aku. Anak dara dia ramai. Skrg semua dh kawen. Adik aku join sekali. Bila balik dr taklim tu mak aku snyp je. Aku pun pelik lah. Adik aku asyik buat muka je. Bila tnya, dorg kata abes je majlis taklim tu semua sibuk ngumpat sana sini, time dlm majlis tu kemain nangis nangis. Macam fake kan? Yg lagi best lepas lama mak aku tak join taklim tu sbb kecewa dorg umpat pulak mak aku. Kata sihir & goda laki org. Aik tang mana goda laki org aku sndiri taktau. Padahal mak aku tu kurg keluar and bergaul ngan jiran. Sibuk menanam pokok je.

Tak lama lepas tu, abah aku pulak kena fitnah. Songlap duit mdrsh. Ya abah aku ni keje kat mdrsh tu dkt berbelas tahun. Ustz ustz dia boleh fitnah ayah aku? Aku kenal abah aku tu. Seburuk buruknya pun paling anti org yg mencuri ni. Lagi lagi bab duit, mmg amanah. Semua ustz n ustzh kat situ tabligh. Selidik punya selidik dpt tahu rupa nya mudir madrsh tu sendiri songlap! Malu lah dorg sbb tuduh bapak aku kan? Ye lah. Byg kan camna hati aku ni hilang respect dgn org tabligh ni. Cakap pung pang pung pang, tup tup dia sndiri buat bnda sama. Abes semua duit sedekah mudir tu songlap. Bila bab harta dunia ni terus hilang agama kan?

Lagi best bila mana ustaz yg digelar maulana famous kat ehem ehem, korg yg tabligh confirm tahu malam markaz kan. Ye lah. Kata ikut sunnah nabi, kawen 4 dah bagus. Tp masalahnya kawen ngan pelajar sendiri. Semua anak dara and muda muda K. Lagi best sorg ustz tu ikut jejak maulana ni gak. Kawen bini no 2 budak U. Bini pertama ngadu kat mak aku

Yg paling best mertua aku sndiri. Ye la aku pakai kopiah jubah. Sbb mmg aku selesa. Sunnah nabi kan. Dia punya marah kat aku sampai cakap yg aku ni pakai je cam tu tp KOSONG. DAKWAH tak buat, ngaji tak. Macam mana dia tahu aku tak ngaji?? Macam Tuhan je kan. Paling sedih dia kata camni

 Suami isteri yg asyik bersama (berdua dua an) kat dunia ni, Allah akan pisah pisah kan kat akhirat!

Ada ke hadis camni yg aku terlepas pandang? Dia suruh aku kuar semua. Aku bkn tak nak, tp aku tak boleh. Aku tgh keje. Duit simpanan mana ada. Ank bini aku sape nak tanggung? Tak kan nak biar bini aku keje dgn anak lg. Umah semua kete tu sape nak bayar time aku takde? Boleh pulak dia kata ” Mmg isteri kena la korban sikit, mmg camtu lah nabi dlu”



Bukan ke nabi kata kalau ada anak bini, mak ayah kat umah nak kena jaga tak yah g perang. Jaga family kau tu dlu. Dah cukup keperluan baru pergi. Camtu gak kat jalan Allah. Bila aku kuar dlu, ustz ustz amirsab tu semua pung pang pung pang. Abes je taklim and majlis semua lepak kat luar pagar merokok. Camtu ke nak bg aku RESPECT?

Paling best semua pak cik mak cik kat situ offer anak memasing. Kata nya jd bini no 2 3 pun takpe. Asal kan dpt kawen ngan ustz. Aku terkejut beruk dgr. Pastu bila bapak mertua aku kuar 4bulan, balik balik lgsg tak keje. Duk dpn laptop. Mak mertua aku yg sibuk cari duit

Ha nak jd kan cite, mak mertua aku ni pun bini no 2. Bini pertama dh diceraikan, sbb nak kawen ngan bini no 2 yg budak U ni. Nak bimbing sampai jannah. Bini pertama kau biarkan padahal dah ada 6 org anak! Byg kan camne aku nak respect kat org org tabligh ni. Anak anak no 1 bpk mertua aku ni org biasa. Ada lawyer, ada doctor, ada engineer & keje petronas. Mana ada org tabligh. Pastu dorg siap bagi duit kat bpk mrtua ni dkt 20k. Bagus nya bini pertama dia didik anak anak dia. Tak kawen sampai skrg. Camne aku tahu? Sbb aku cntct dgn anak bongsu bini pertama tu. Lelaki. Keje petronas. Kira pangkat abg ipar jauh haha.

Lagi best mak mertua aku ni siap marah marah wife aku sbb tak nak suruh aku g kuar. Wife aku mmg tak bg aku kuar semua. Dia kata bagi belanja 5000 baru boleh. Sbb kete n umah sape nak byr kan? mengamuk lah dia.

Siap cakap, SAPE YG TAK ADA TABLIGH DLM KEHIDUPAN ALLAH AKAN HANTAR UJIAN SEBENAR BENAR UJIAN. Macam org biasa yg solat, puasa cukup & baik ni Allah tak pandang? Allah pandang org tabligh je ke??

Sorry kalau panjang lebar. Tp serious aku dah tak boleh masuk. Biar lah cukup aku solat, ngaji, puasa, buat baik, sedekah. Aku buat sunnah sunnah nabi semua. Tp tlg la jgn claim org biasa biasa cam aku ni masuk neraka sbb tak bawak tabligh. Hm.

Harap lah semua yg baru2 join masih panas ni tlg jaga akhlak. Jgn la bg ada lg org hilang respect. Sbb aku taknak agama aku buruk sbb org org macam ni lah.

Tq maaf kan aku semua. Aku tau tak semua org tabligh ni jahat, ada yg baik. Mmg pernah aku jumpa. Baik sgt. Tp dah meninggal. Ye la Allah syg org org baik ni. Simpan dlu. Kan?

Sumber : IIUMC
loading...