Akhirnya!! Video Penuh Kantoi..!! Disebalik Kekusutan Sebenar Isteri Pelakon Dan Pelawak Terkenal Dicekup Khalwat Dirumah Kekasihnya Sebentar Tadi


Hari ini kecoh mengenai penangkapan seorang isteri kepada pelawak terkenal Along Cham, ketika sedang berdua-duaan dengan suami orang.
Walaupun ramai yang sebelum ini mengkritik Along yang dikatakan zalim kerana menghalau isterinya keluar rumah, tetapi hari ini ramai pula yang menyokong pelawak berkenaan setelah tahu sikap sebenar isterinya.


Bagaimanapun, pelawak berkenaan enggan memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai isterinya Zila Seeron yang ditangkap khalwat jam 5 pagi semalam.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, hanya menjawab “maaf, saya tidak mahu komen” ketika dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp.

Sebelum ini, Zila pernah membuat kenyataan kepada media berkenaan sikap Along yang gemar menuduhnya berlaku curang. Rupa-rupanya perkara tersebut benar-benar bukan sekadar tuduhan melulu.

Apakah Along sudah tahu hubungan isterinya dengan lelaki lain sebelum ini yang membuatkan rumahtanggga mereka goyah? Jika diteliti kenyataan Along sebelum ini, ia seakan-akan menunjukkan beliau tak hairan dengan apa yang berlaku.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri seorang pelakon dan pelawak dicekup di rumah kekasihnya di Bukit Jalil awal pagi semalam.

Ketika tangkapan dilakukan, penyanyi berusia 28 tahun itu ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik sementara seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ketika serbuan, penguatkuasa JAWI meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula.

Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Along dan Zila sedang di dalam proses penceraian.


loading...