Kini Akhirnya Pihak Istana Akan Bertindak Keatas Penyebar Gambar - Gambar Fitnah Sultan Pahang?

13886245_1315065831854964_30329267214076861_n
PARA penyokong pembangkang nampaknya semakin ketandusan idea untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakan tidak, setiap serangan terhadap Najib, pasti dapat ditangkis dengan baik. Hingga akhirnya, mereka ini terpaksa menggunakan taktik kotor, menyerang isterinya pula Datin Seri Rosmah Mansur.
Semalam, Facebook menjadi medan terbaik untuk menyebarkan fitnah dan tohmahan terhadap Datin Seri Rosmah. Dengan mengambil gambar dari bahagian belakang, Rosmah diperlihatkan sebagai berpelukan dan bermanja dengan DYMM Sultan Pahang di khalayak ramai.

Mereka yang tidak tahu apa-apa, mulalah bersorak gembira menyebarkan gambar tersebut. Berserta dengan pelbagai kata cacian dan makian terhadap Najib, Rosman dan Sultan Pahang sendiri.
Tapi, kalau dah nama fitnah. Lama-lama pasti akan terbongkar juga kebenarannya.
Ilusi optik digunakan secara meluas dalam filem dan fotografi untuk menimbulkan kesan yang lebih ketara. Dan ilusi itulah juga yang digunakan untuk siri serangan terbaharu ke atas Rosmah Mansor setelah barangkali ‘penat’ menyerang Najib tetapi muka Najib tetap selamba dan tenang.

Sekeping gambar dari bahagian hadapan dan sisi telah disiarkan untuk menyanggah fitnah yang dibuat oleh penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad yang cukup aktif bergiat di Facebook menyebarkan fitnah tersebut. Jurugambar yang telah merakamkan gambar tersebut bagi tujuan fitnah juga telah dikenalpasti dan gambarnya juga telah dirakamkan.

Khabarnya, laporan polis akan dibuat oleh pihak-pihak terbabit terutama apabila pihak yang sebelum ini berhadapan dengan perbicaraan kerana melakukan fitnah di mahkamah dan masih dalam jaminan, begitu teruja menyebarkan gambar tersebut bagi tujuan menimbulkan fitnah dan sentimen kemarahan terhadap Rosmah Mansor.

Dengar khabarnya, pihak itu dikatakan sudah bersedia dengan gambar-gambar di lokasi membabitkan Rosmah Mansor dan DYMM Sultan Pahang selain gambar jurugambar yang kononnya telah menghantar gambar-gambar rakamannya kepada pihak yang menyiarkannya bagi tujuan fitnah.
Akhirnya, tindakan bodoh ini memakan diri sendiri.

Gambar fitnah yang disebar oleh puak pembangkang:

13654339_675404472611964_7279562195186696774_n
fitnah3
13887048_1315065808521633_1511018598917540799_n
Gambar menunjukkan situasi sebenar:
13886245_1315065831854964_30329267214076861_n
fitnah1
loading...