Gambar seorang wanita tidak memakai seluar mahupun seluar dalam dengan selamba mengunjungi IKEA


Gambar seorang wanita tidak memakai seluar mahupun seluar dalam dengan selamba mengunjungi IKEA, cetus kegemparan netizen di negara itu, Rabu lalu.

Kejadian yang berlaku di IKEA Beijing pada Rabu lalu, tersebar di laman Weibo dengan kapsyen,

"Sekarang baru saya tahu kenapa orang di Beijing suka bershopping di IKEA."

Salah satu gambar menunjukkan wanita itu tanpa sebarang rasa segan membiarkan punggungnya terdedah, sementara itu beberapa pengunjung yang lain hanya melaluinya tanpa menyedari keadaannya yang tidak memakai seluar.

Ekoran itu, pihak polis berjaya mengesan individu yang memuat naik gambar-gambar berkenaan dan diberikan amaran untuk membuang gambar tersebut yang jelas sekali menggugat ketenteraman awam.
loading...