'Aku Berani Kerana Benar !' - TERBONGKAR Segalanya, Polis Bukan Ambik 3 Kotak Je ! Rupa-Rupanya...



Kepada pegawai penyiasat (IO) Gua Musang yang datang marah-marah, buat berlagak dan sombong engkau tu, sedikit pun aku tak hormat engkau! Kerana cara engkau bercakap macam betul engkau berkuasa. Engkau Melayu, engkau beragama Islam, tolong cakap baik-baik. Macam mana aku nak hormat Polis Malaysia ni? Anda semua tengoklah, buat kerja sedikit, minta (pau) daging berkotak-kotak. Nilai bukan ratus ya tu, ribu tu.

Disebabkan polis macam engkau, busuk habis nama polis ini. Kita dah elok tidak memberikan rasuah, tetapi polis yang minta.

Tak bagi kena marah, tak bagi tak boleh berunding (kau tim). Anda nilai sendiri. Terima kasih PDRM.

Dalam kemalangan itu, lori yang membawa muatan daging milik majikan Muhamad Haziq mengalami masalah pecah tayar sewaktu menuruni bukit dalam keadaan hujan. Lori terbalik dan menyebabkan seorang penumpang lori patah kaki. Pemandunya pula tidak mengalami kecederaan.

Menurut Haziq juga, kejadian yang berlaku semalam (28 Julai) itu telah dilaporkan kepada sepupunya yang juga seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenapa delete dalam IRDK post saya ?? Kawan tolong share, saya berani kerana benar!!! Dari segi gmbar pertama smpai keempat tengok cara daging dalam tu. Dalam belakang sana ada satu kotak. Kat luar atas ada 3 kotak dah. So total 4 kotak dalam bonet peronda tu. Sebelum tu pagi sebelum saya smpai, polis sudah ambik 4 kotak, tengah hari pegawai sendiri dtg ambik 4 kotak dalam myvi putih dan last 4 kotak jugak dalam kereta peronda yang di arah oleh pegawai. Katanya nak buat jamuan raya polis. Dato simen bagi 3 kotak kenapa ambik lebih 9 kotak lagi ?? Mmg betul dato simen bagi 3 kota sahaja, dan skang dato simen dah cakap sama saya ambik lebih dia suruh saya buat semua ni. Barang saya dah bayar, skang itu barang saya. Dato simen bagi 3 kotak. Skang 9 kotak tu sapa bagi polis ambik ??? Dah call mintak maaf kat dato simen lepastu lagi nak ambik tindakkan terhadap saya ?? Saya nampak mata saya sendiri. Okay takpe. SEBAGAI HAK SEORANG RAKYAT, SAYA CABAR UNTUK NAIK MAHKAHMAH DENGAN SAYA DAN BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH DEPAN AL-QURAN UNTUK KEBENARAN DENGAN DEPAN ORANG RAMAI, KITA SAMA-SAMA ISLAM. Sekian dari saya. Pasar berek 12 kota bharu kelantan.


loading...