Tiga Jari Tangan kanan kanak-kanak Lelaki 11 Tahun Berkecai Gara - Gara Mercun !

  Kuala Kangsar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun putus tiga jari tangan kanan ketika bermain mercun di Kampung Sayong Lembah di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Adam Haikal Mohd Sabri, 11, dikatakan tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan mengakibatkan mercun itu meletup di tangannya.

Nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, berkata, sebelum kejadian cucunya sedang menonton televisyen di rumahnya sebelum seorang kawannya mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.

“Nenek diberitahu orang ramai di tempat kejadian sudah memberi nasihat kepada cucunya dan rakannya itu supaya tidak bermain mercun sebaik balingan pertama mercun itu menghasilkan bunyi yang kuat.

"Tidak lama kemudian orang ramai mendengar bunyi letupan kedua dan disusuli suara jeritan yang kuat lalu mendapati Adam sudah cedera di tangannya," katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.
Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping kira-kira jam 9 malam tadi.

"Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari sahaja, jari telunjuk dan ibu jari, dan sekarang masih dirawat di Hospital Taiping.
loading...