Tagline #justice4wawa Trending, Ibu Bapa Mangsa Kecewa Hanya RM150 Dibayar Atas Kematian Arwah


Tagline #justice4wawa telah mula menjadi trending di media sosial setelah pendedahan  yang dikongsikan oleh Azmi Ibrahim mengenai seorang ayah yang kecewa dengan syarikat Insuran yang dilanggannya menjadi viral.

Seorang ayah Pemandu Lori kerana sayangkan anak anak dia telah mengambil polisi insuran dari "CIMB AVIVA Takaful Child Protection Plan" dengan membayar secara potongan gaji sebanyak RM48 sebulan x 2 orang anak anaknya selama 10 tahun..

Minggu sudah WAWA salah seorang anaknya telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Chendor, Cherating, Pahang...

Bila ibu bapa Arwah Wawa bertanyakan tentang polisi yang diambil untuk arwah pada pihak insuran mereka diberitahu polisi yang mereka bayar sebanyak RM48 sebulan selama 10 tahun tidak cover untuk kematian...

Paling melukakan hati mereka diberitahu mereka hanya akan dibayar RM150.00 (RM Satu Ratus Lima Puloh Sahaja) untuk tamatkan polisi Arwah Wawa.

KEGILAAN APAKAH INI?

Berapa ramai agaknya Rakyat Marhaen saperti ibu bapa Arwah Wawa yang "terpedaya" dengan polisi insuran Takaful (baca Takabloodyfool) yang ditawarkan CIMB atau BANK BANK lain melalui AGEN AGEN mereka?

Ini bukan soal LEGALITY tapi soal MORALITY!

Pastinya penjualan Plan Insuran Takaful ini melalui Telemarketers Bank Bank ini telah "MEMPERDAYA" ribuan ibu bapa rakyat marhaen yang tidak faham seluk beluk insuran apatahlagi memahami POLISI yang diberi dalam Bahasa Inggeris.

THIS IS A DAYLIGHT ROBBERY terhadap rakyat yang tidak berapa cerdik dan menyangka POLISI yang mereka bayar setiap bulan bertahun tahun demi kasih sayang mereka terhadap anak anak mereka rupanya hanya KERTAS BODOH yang hanya memberi kekayaan terhadap pihak BANK dan SYARIKAT INSURAN.

APA TINDAKAN PIHAK BERWAJIB DALAM ISU INI?

Mohon SHARE demi keadilan....

#‎Justice4Wawa#‎Takafool#‎BloodyFool


Walaubagaimanapun, ramai agen-agen Insuran tampil memberikan komen mengenai pendedahan di atas. Apabila melihat kepada polisi yang dilanggan ayah Wawa, jelas tidak ada tertera pada bahagian "Death Benefit" mengenai sebarang pampasan sekiranya berlaku kematian yang juga bermaksud polisi insurans itu tidak "cover" untuk kematian.


Justeru, hanya ada dua sahaja kemungkinan  yang berlaku dalam kejadian ini iaitu pelanggan insuran tidak meneliti polisi insuran yang dilanggan ataupun pihak telemarketer tidak menjelaskan secara terperinci mengenai polisi yang diambil.

Tambah agen-agen Insuran lagi, mereka mengharapkan agar rakyat Malaysia tidak melanggan insuran secara membuta tuli sebaliknya berhubunglah secara bersemuka dengan agen-agen yang dilantik daripada syarikat Insuran yang diiktiraf dan kukuh.

- The Alternatif
loading...