Rakaman kejam Abu Sayyaf tunjukkan bukti bagaimana mangsa culik disembelih sehingga putus kepala


KOTA KINABALU:  Video berdurasi 90 saat menunjukkan bagaimana mangsa culik warga Kanada, Robert Hall mengalami detik-detik akhir di tangan kumpulan militan Abu Sayyaf telah  muat naik dalam Youtube.

Video  dipercayai dirakamkan di dalam hutan Jolo, selatan Filipina itu bertujuan  menghantar mesej kepada keluarga mangsa culik lain yang masih dalam tahanan kumpulan terbabit, bahawa mereka serius dalam tuntutan mereka.

Bayar wang pampasan atau mangsa dibunuh.

Hall, 68, telah berada dalam tahanan kumpulan militan itu sejak 21 September 2015 bersama-sama dengan tiga orang lagi.

Video itu menunjukkan bagaimana Hall disembelih dengan parang.



Hall yang memakai  kemeja T berwarna oren, dilihat melutut di hadapan dua orang anggota militan Abu Sayyaf. Dengan tangannya diikat di belakang, Hall menyerahkan seluruh nasibnya di tangan mereka.

Seorang daripada lelaki itu memegang kepala Hall serta memegang parang bagai bersedia  melakukan tugasnya, gara-gara tuntutan mereka gagal ditunaikan oleh keluarga Hall.

Wang tebusan sebanyak sekitar RM32 juta telah tidak diterima pada 13 Jun.

Seorang lagi lelaki bertopeng berdiri di belakang sebelum lelaki yang memegang parang melakukan tugasnya — menyembelih Hall langsung tanpa perasaan.

Dan pada ketika itu, jelas kedengaran suara lelaki Kanada itu mendengus dalam kesakitan. Dapat dilihat darah memancut daripada lehernya. Tugas itu hanya dilakukan dalam beberapa saat sahaja.

Selepas itu, kepala Hall ditunjukkan di hadapan kamera, dan kumpulan militan berkenaan bertakbir, Allah Akhbar.

Hall menemui nasib yang sama dengan rakan senegaranya, John Ridsdelm mantan eksekutif syarikat perlombongan  yang dipangkung kepalanya, pada bulan April.

Kepala Hall kemudiannya ditemui dalam Gereja Carmelite, Jolo, dibungkus di dalam plastik.

Pasti, Hall bukan mangsa yang terakhir. Kerana kumpulan militan berkenaan seronok mendapat wang jutaan ringgit setiap kali, ada keluarga yang terpaksa membayar wang tebusan demi menyelamatkan nyawa orang yang disayangi.
loading...