Nak Jual Sofa, Tapi Terpost Gambar Buah Dada !


LAIN kali sebelum nak muat naik sesuatu di Internet, pastikan ianya tidak mendatangkan malu buat diri sendiri.

Itu yang terjadi kepada seorang wanita, Jessica O’Brien apabila dia tersilap memuat naik gambar sofa yang ingin dijual di sebuah laman web jual beli.

Di sebalik memuat naik gambar sofa, dia terhantar gambar lucah buah dadanya yang disimpan sebagai koleksi simpanan peribadi.

Dalam sekelip mata, wanita berasal dari Manchester, United Kingdom itu menjadi ‘popular’ di laman web berkenaan kerana ramai pembeli tertarik melihat gambar ‘barang jualannya’ itu.

JESSICA O’BRIEN
Menurut laporan The Sun, Jessica, 25, dipercayai memuat naik gambar tersebut menggunakan telefon pintarnya dan secara tidak sengaja telah memilih gambar payudara dan bukannya sofa putih yang ingin dijualnya.

Malu dengan insiden itu, seorang rakan Jessica menafikan dia sengaja ingin meraih perhatian netizen dengan tindakan itu.

“Ada sesetengah pihak beranggapan dia sengaja buat begitu untuk meraih publisiti agar sofanya terjual.

“Tetapi percayalah memang dia betul-betul tersilap muat naik gambar dan berasa sangat malu dengan kejadian itu,” kata rakan Jessica.

Gambar itu kemudiannya telah dipadamkan oleh pengendali laman jual beli tersebut. – MYNEWSHUB.CC
loading...