"Foto : Miera Liyana Tak Kisah Pakai Bikini Depan Fizz Fairuz"


Screen Shot 2014-10-16 at 12.18.30 PM
Ternganga, terkedu dan terkesima. Itulah reaksi kami bila tonton filem ‘Dendam Orang Mati’ lakonan Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana.

Bukan sebab ceritanya yang agak seram dan menakutkan, tetapi beberapa babak lakonan Miera Liyana bersama Fizz Fairuz yang lebih mencemaskan kami.
Gila tak cemas apabila menyaksikan Miera Liyana berbikini sambil berenang kemudian Fizz Fairuz pula membalutkan tubuh Miera dengan tuala.

Screen Shot 2014-10-16 at 12.17.25 PM
Terdetik di hati kami, tidakkah ada rasa segan pada gadis berusia 23 tahun ini apabila diminta melakonkan babak sebegitu?
Ditambah pula dia juga perlu melakonkan beberapa aksi berani bersama Fizz Fairuz. Menurut Miera, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon selain sudah menganggap Fizz sebagai abangnya sendiri.
Miera dengan Fizz, kami dah banyak kali berkerjasama. Jadi kami dah seperti adik beradik. Maka, kalau dia tengok saya pakai bikini masa itu pun dia tak ada nafsu, dah macam tengok adik sendiri.
So far, tak ada rasa kesal ke apa. Semua itu Miera anggap sebagai pengalaman untuk jadi lebih baik selepas ini. Ketika itu Miera masih muda dan apa yang dalam fikiran hanya nak berlakon bersama dengan pelakon hebat.
Bagaimanapun, Miera memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.
Screen Shot 2014-10-16 at 1.45.29 PM
Kalau korang nak tahu, filem Dendam Orang Mati ini adalah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bakal ditayangkan pada 23 Oktober 2014 ini.
Mengisahkan Lena (Lisa Surihani), seorang gadis yang baru tersedar daripada koma dan menghidap amnesia. Bagaimanapun, Lena pada masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam.
Ironinya, sepanjang tempoh koma, suaminya Shahrul (Fizz Fairuz) telah berkahwin dengan Min (Miera Liyana) dan tinggal di rumah peninggalan bapa Lena.
Screen Shot 2014-10-16 at 1.45.42 PM
Apakah makhluk yang sering membelenggu Lena di tingkat 4 rumahnya? Haa, kalau nak tahu, korang kenalah tengok sendiri.
Bagi kami, percubaan Lisa melakonkan watak psycho memang menjadi. Tetapi, ada beberapa babak yang tak real dalam filem ini. Contohnya, babak kebakaran yang menggunakan teknik CGI kelihatan seperti hasil kerja amatur.
Keseluruhan kami boleh beri 3.5 bintang!
loading...