Bangga R#g0l Gadis Remaja 14 Tahun, Geng Lelaki Ini Selamba Upload 2 Foto Di Internet Untuk Tontonan Netizen





Mengejutkan. Empat remaja lelaki yang dibesarkan di kalangan keluarga `baik-baik’ di Rusia telah didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis berusia 14 tahun ketika menghadiri satu parti, kemudian memuatkan imej berkenaan di internet.

Susulan serangan berkenaan, mangsa mengalami kecederaan dalaman dan trauma.

Remaja terbabit didakwa merogol gadis itu selepas membogelkannya dan mereka turut menggunakan objek asing. Mereka juga didakwa memaksa gadis itu minum vodka sebelum merogolnya.

Gambar-gambar yang dimuatnaik itu memaparkan gadis berkenaan baring sambil berbogel di bersama tertuduh.



Polis kini telah menahan remaja lelaki terbabit selepas gambar mereka tersebar di internet.

Meskipun tertuduh masih muda untuk dikenakan hukuman penjara di bawah undang-undang Rusia, namun pentadbiran Vladimir Putin mahu pengecualian dilakukan selepas didesak oleh orang ramai.

Menurut jawatankuasa siasatan, kesemua remaja lelaki itu sengaja menunjuk-nunjuk dan tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Sumber: bikinhatipanas
loading...