ANIH tutup terowong Genting Sempah



ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) telah mengumumkan Terowong Genting Sempah hala Timur akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 8.00 am 13 Jun (Isnin) sehingga 12.00 am tengah malam 17 Jun (Jumaat).
Penutupan selama lima hari itu ialah untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalanraya di dalam terowong tersebut.
Oleh itu ANIH Berhad akan membuat laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala Barat untuk memberikan laluan kepada pengguna lebuhraya yang menghala ke Kuantan.
tunnel-closure
Pihak syarikat Anih Berhad mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuhraya.
Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111 bagi mengetahui sebarang perkembangan terkini di LPT.
Careta mencadangkan pengguna yang bakal melalui lebuhraya itu pada tarikh-tarikh tersebut supaya menggunakan perisian Waze untuk mencari laluan alternatif atau menelefon pihak ANIH Berhad untuk mengetahui keadaan trafik.
Laluan alternatif yang wujud ialah laluan Gombak – Bentong lama yang sedikit sempit dan tidak digalakkan untuk digunakan sewaktu musim hujan.
Laluan alternatif kedua ialah mengikut laluan Kuala Kelawang dan tembus ke Karak.
Diharapkan agar semua pengguna LPT bersabar kerana kerja pembaikan tersebut ialah sebahagian dari penyelenggaraan berkala dan mendapat kelulusan daro Lembaga Lebuhraya Malaysia.
*Gambar utama dari www.hasrulhassan.com
loading...